Saturday, March 17, 2012

ORANG ASLI PERTAMA MENERIMA ANUGERAH 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M.
DISAMBUT MERIAH DALAM KE SEDERHANAAN.

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat KebangsaanTahun 1433H/2012M telah dirasmikan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut hadir , Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin di iringi oleh YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan, Tahun 1433H/2012M. Berlangsung pada 05 Februari 2012M (Ahad) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra,Putrajaya bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.


Kemeriahanya telah dapat aku rasakan sejak seawal pagi lagi ketika Solat Suboh kerana jemaahnya ribuan orang, memang kalau nak di ikutkan susah nak dapat jemaah seramai itu dalam sesuatu masa apa lagi solat suboh , hasil maklumat yang aku terima didapati lebih dari 10,000 peserta terdiri darikakitangan kerajaan / badan berkanun / pertubuhan / Agensi swasta / golongan pelajar / badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Telah pun bersiap sedia bersama kontinjen masing- masing untuk mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul yang akan bermula dari Istana Kehakiman ke Masjid Putra,Putrajaya. Dengan penuh warna–warni keindahan bersama alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.




Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada sembilan penerima anugerah yang terbahagi kepada dua kategori. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW 2012 ialah YBhg. Sahibus Samahah Dato’ SeriHaji Hassan bin Haji Ahmad; Mufti Negeri Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membawa pulang RM50,000, sijil dan plak serta hadiah iringan Mashaf Al-Quran dan set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.



Manakala penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW seramai lapan orang pula ialah YBhg. To’ Puan Wan Asiah bt. Ahmad, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Tuan Haji Abdul Razak bin Mat Saat, Pesara Perkhidmatan Awam (Mantan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan), Ir.Dr. Muhammad Fuad Yeoh, Timbalan Presiden, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Encik Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Duta Dakwah, Saba Islamic Media Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt.Sulong, Guru al-Quran dan Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa, Tuan Haji Abdul Majid bin Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan dan mantan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang, Encik Hussein bin Ngah Yin, Ketua Masyarakat Orang Asli, Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak Selangor, Saudara Muhammad Hadi bin Darus, Pelajar OKU Cemerlang PMR 2011 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang Pendang, Kedah Darul Aman. Masing-masing menerima wang tunai RM20,000, sijil dan plak serta hadiah iringan mashaf al-Quran dan set KitabTafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.



ANUGERAH YANG TAK PERNAH TERFIKIR DALAM BUKU PEMIKIRAN BELIAU? APA LAGI KAMI !
APA PUN SETIAP KEJADIAN DAN KETENTUAN ITU DATANGNYA DARI KEHENDAK ALLAH YANG MAHA BERKUASA !!

EncikHussein bin Ngahyin, Ketua Masyarakat Orang Asli, Kampung Bukit Kala, Batu 12,Gombak Selangor

PENDERITAAN DAN PERJUANGAN


Penghargaan
Saya mewakili 18 suku kaum Masyarakat penduduk Orang Asli Kampung Bukit Kala Batu 12 Gombak , Mengucapkan taniah dan terima kasih kepada Pak Hussein, kami bangga kerana Apak telah mengharumkan nama selaku masyarakat Orang Asli yang pertama menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Tahun 1433H/2012M .boleh jadi sejarah tu...

Seperti kata punjangga Allahyarham JM Aziz ,Bergambira dirantau abang’ penyu menangis tak siapa yang tahu.’ situasinya samalah dengan perasaan Apak aku ini, dalam saat gembira menerima anugerah, isterinya pula sedang terlantar di hospital dalam keadaan kritikal menanggung kanser

Yang lebih malang lagi, tiada seorang pun wakil dari Ibu Pejabat JAKOA datang melawat atau tanya khabar Pak Hussein, nak ucapkan taniah jauh sekali… sebaliknya apa yang kami dengar ada segelintir dari golongan manusia yang terkilan mempertikaikan bagaimana Pak Hussein pulak boleh dapat Anugerah .

Inilah karenah manusia , jika ada kepentingan dan memerlukan sokongan sebelummm suuboh,,, dah terpacak depan pintu. Bila dah tak diperlukan ?. Batin di calonkan Anugerah pun meraka boleh tak tahu …. Pelikan?? tapi cerita ini benar sidang pembaca sekalian…. Jadi? bersamalah kita! renung -renungkan,,,,,

Pemimpin18 Suku Kaum
Hussein Ngah Yin seorang Pemimpin Masyarakat Orang Asli yang mempunyai liku-liku hidup yang menarik, sejak dari kecil sehingga kini kehidupan nya sentiasa tidak menentu, kemiskinan telah menjadi teman hidup seharian namun beliau tetap ceria dan bersyukur mangharungi ranjau kehidupan , Tokoh kepimpinan nya kaya dengan pengalaman, kerana beliau sesatunya seorang batin yang berjaya memimpin 18 suku kaum masyarakat Orang Asli yang kini tinggal bersama dalam sebuah kampung yang terdapat di Batu 12 Gombak.

Tiada terdapat di mana-mana kampung Orang Asli di tanah semenanjung ini yang penduduknya mempunyai lebih dari dua atau tiga suku kaum, kalau ada pun mereka adalah dari kelompok kumpulan yang sama, mungkin dari kumpulan Senoi, Negrito ataupun Proto Malay.

Pengalaman ini menjadikan Pak Hussein sebagai insan yang sentiasa berjuang dalam apa-apa kegiatan tak kira dalam pesatuan mahupun dalam politik kepentingan nya hanya untuk membela nasib masyarakatnya yang terdiri dari berbilang lapisan etnik yang kini hidup menumpang di tanah kerajaan rizab sungai .

Dipinggiran nya pula terletak sebuah Pusat Kebajikan Hal Ewal Orang Asli yang boleh dikatakan terbesar dan tertua di Tanah Semenanjung ini, tapi sayang perkampungan di bersebelahan nya pun tak dapat dibela masih lagi bertaraf setinggan ..

KUMPULAN SUKU KAUM PENDUDUK ORANG ASLI BUKIT KALA

SENOI 60%
Temiar, Semai, Jahut, Mahmeri, Che Wong, Semoqberi

PROTO MALAY30%
Jakun, Temuan, Kanaq, Semelai, Orang Kuala, Orang Seletar

NEGRITO 10%
Jahai, Kansu, Lanoh, Kintaq, Mendriq, Bataq

ISLAM 45%, KRISTIAN 10%, LAIN-LAIN 45%

Pemerhatian serta pengalaman aku selaku setiausaha bekerja bawah beliau di dalam JKKKP dan UMNO cawangan, bukan senang untuk beliau memikul tanggungjawap selaku ketua , kerana kelompok masyarakat ini memang kaya dengan budaya dan berbagai ragam , mereka berpegang kuat kepada adat resam dan pantang larang. Heriaki, perang pendapat kekadang berlaku melibatkan suku kaum

Pernah aku kemukakan pertanyaan kepada Pak Hussein, Apa cara yang lebih baik untuk kita meyatukan perpaduan selain dari pendekatan budaya dan adat resam, dengan penuh keyakinan jawapan beliau ,Cara yang lebih baik untuk menyatukan perpaduan mereka adalah melalui pendekatan syiar Islam. Kata nya, hanya Islam sahaja yang dapat mengutuhkan tali persaudaran sesama umatnya , Aku agak terkejut dengan kenyataan beliau kerana pada ketika itu beliau belum lagi menjadi seorang saudara Islam.

Cukuplah sampai di sini, nanti akan aku ceritakan apakah perjuangan sebenar yang apak Hussein ingin perjuangkan dan beliau pernah membuat satu kenyataan dalam mesyuarat AJK 3 sayap , katanya selagi aku hidup aku nak tengok masyarakat Gombak ini maju dalam segala hal ehwal,

Salam buat sidang pembaca budiman jumpa lagi…

*********************************************************************************

No comments:

Post a Comment