Monday, November 19, 2012

PUSAT PEMULIHAN ISLAM


CADANGAN MEMBANGUNKAN PUSAT BIMBINGAN DAN PEMULIHAN ISLAM  MASYARAKAT ORANG  ASLI   SEMENANJUNG MALAYSIA

 Encik Hussein bin Ngahyin, Ketua Masyarakat Orang Asli, Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak    
 menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.

SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA BUAT SIDANG PEMBACA YANG BUDIMAN
INFO
Menurut  pengkaji  sejarah, Kepulauan Melayu mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian  atau  Melayo - Polynesia sekitar  5,000  tahun  dahulu, mereka  ini  dikatakan berasal dari  selatan  China (Yunan) dan Taiwan. Bermula di  Filipina menganjur ke pulau -pulau  sehingga  ke penghujung  tanah besar asia, pulau - pulau Pasifik hingga  ke Madagascar

Masyarakat Peribumi yang terdapat di Tanah Semenanjung Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan  Melayu Proto, Senoi dan Negrito terhimpun 18 suku kaum bergelar sebagai  Masyarakat Orang Asli

Kepercayaan
Mengamalkan ekspet Magis dan Ritual   kepercayaan terhadap alam gaib , roh-roh, penunggu dan pengaruh agama hindu melahirkan kewujudan budaya mitos pantang larang  berhubung dengan kuasa-kuasa halus menjadi pegangngan dan kepercayaan utama dalam kehidupan harian masyarakat ini..

Fitrah Manusia
Fitrah atau sifat semula jadi manusia ialah mempercayai adanya tenaga ghaib, sama ada perkara ini diajarkan kepadanya atau tidak.

 Menurut ahli ilmu masyarakat, bila manusia itu hidup berkelompok dan berkumpul beberapa orang dalam waktu yang lama, hidup dan berkerjasama, sehingga mereka dapat menyatukan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan masyarakat yang mempunyai batas-batas tertentu, maka  sebagai akibat daripada berfikir mengenai dirinya itu timbulah suatu gagasan  untuk membentuk kebudayaan yang merupakan buah renungan dan percikan fikiran manusia yang bersifat nyata yang dinikmati oleh panca indera manusia.
Namun manusia belum merasa puas kalau hanya sampai disini sahaja, kerana pada suatu ketika manusia memerlukan perlindungan bagi dirinya sendiri, sehingga menimbulkan hasrat atau keinginan untuk mengajukan permohonan atau doa, pada peringkat ini manusia mulai memerlukan tenaga gaib, yang tidak dapat diraba  atau dirasai oleh panca indera manusia.

Oleh yang demikian dalam kebudayaan- kebudayaan yang kuno ( primitif), setiap sesuatu yang tidak dapat difahaminya tetang sebab dan akibat yang belum dikenalnya, maka persoalan itu akan diserahkannya kepada yang gaib. Akhirnya dia yakin kehidupan dalam alam raya ini dipenuhi dengan yang gaib.

Selanjutnya pakar ilmu jiwa dan ilmu masyarakat mengatakan bahawa manusia adalah satu makhluk yang dikurniakan kemampuan dan kecenderungan untuk mempunyai kepercayaan kepada yang gaib. Manusia adalah suatu makhluk yang sentiasa mencari kekuatan diluar dirinya. Adakalanya hal ini dilakukan dengan penuh keyakinan dan kepercayaan kepada kekuatan benda-benda ( animisme ), seperti cicin atau batu- batuan dikatakan mempunyai kekuatan, azimat-azimat, keramat kubur, tangkal menangkal,dan lain-lain kepercayaan  kepada kekuatan benda – benda, yang kalau di tinjau dari pandangan Islam, semua perbuatan itu adalah termasuk tahyul dan kurafat

Jelas bagi kita, dengan senjata akal saja, manusia tidak akan mampu untuk menyelami hakikat Tuhan itu dengan sebenarnya, sama ada tetang wujud-Nya , Af’al-Nya, Zat-Nya, kecuali dengan bimbingan tenaga gaib Yang Maha Agung, iaitu Allah S.W.T

Maka  untuk sampainya manusia kepada mengimami serta mengetauhi kedudukan tenaga gaib ( Allah ) itu, manusia perlu beragama dan berpengetauhuan, kerana hanya melalui agama dan pengetauhuan sajalah menusia mampu menyingkap tabir rahsia yang selama ini terselubung dalam pergolakan akal dan fikiran tentang kepercayaan itu.

Selain daripada itu, manusia juga dikurniai hawa dan nafsu oleh Allah Yang Maha Pemurah, untuk mempertahankan hidup dan kehidupannya. Bagaimanapun, hawa dan nafsu yang tidak terkendali akan menjerumuskan manusia ke lembah kemungkaran, hawa dan nafsu sering menjatuhkan martabat manusia yang mulia itu ke lembah kehinaan, adakalanya seperti haiwan, bahkan kekadang lebih jahat daripada haiwan.

Untuk mengendalikan nafsu itu, Allah menurunkan tuntunan-Nya kepada manusia melalui hamba dan Rasul yang sengaja diutus-Nya untuk meyelamatkan manusia. Tuntunan Allah inilah yang kita namakan dengan agama atau ”al – Din”. Oleh yang demikian , manusia itu perlu kepada agama untuk membentengi dirinya daripada godaan nafsu, untuk meyelamatkan dirinya di dunia dan akhirat










        



















SYIAR ISLAM
Masyarakat Orang Asli 18 suku kaum di tanah semenanjung sudah lama bersedia untuk menerima Islam. Mereka mempercayai adanya tuhan cuma tidak tahu bagaimana  hendak menyembah tuhan.

Mereka juga tahu pasal dosa dan sejak dari dulu sehingga sekarang mereka tak pernah meyembah berhala dan sebagainya. Mereka hanya berpegang kuat pada pengaruh adat dan budaya.  Bersifat pemalu, merendah diri serta patuh pada arahan ketua Masyarakat atau  Ketua adat ( Batin )

 Dakwah yang disampaikan kepada Orang Asli sebelum ini banyak dilakukan melalui pendakwah ( pengerak masyarakat ) dari JAKIM dan bersama badan – badan NGO yang berkhaitan, walaupun dakwah nya dilihat agak berjaya . Penerimaan syiar  islam 18 suku kaum masyarakat Orang Asli yang terdapat di bumi semenanjung,  masih jauh di tahap yang paling rendah penerimaan nya, antara sebab-sebab nya, masyarakat Orang Asli sangat berpegang kuat pada adat serta budaya pantang larang dalam  kehidupan harian mereka.

 Cara yang paling berkesan kerajaan seharusnya memberikan kepercayaan kepada pendakwah di kalangan masyarakat Orang Asli sendiri untuk menyebarkan syiar islam di kalangan suku kaum mereka, kerana mereka memahami serta mahir tentang adat dan budaya  cara pergaulan seharian sesama sendiri



Bancian tidak rasmi hampir 45 ribu dari 150 ribu penduduk masyarakat Orang Asli di semenanjung Malaysia telah menerima  agama islam, dijangkan lebih ramai lagi Orang Asli menerima agama islam dimasa akan datang  sekiranya di beri peluang pada Orang Asli yang terlatih  untuk menjalankan kerja - kerja pendakwah mengembangkan syiar islam di seluruh pekampungan Orang Asli pendalaman.

Kaji selidik masyarakat  islam Orang Asli  hampir 90 % dari 45 ribu masyarakat islam atau saudara baru orang asli tidak mendapat pendidikan islam yang sempurna.  

Oleh kerana Gombak merupakan pusat pentadbiran JHEOA yang terawal dan tertua di Semenanjug Malaysia serta menjadi pusat hal ehwal kebajikan tebesar dengan terdapatnya sebuah hospital dan Muzium  kebanggaan Orang Asli.


Demi insan dan manusia kami saudara baru  masyarakat islam Orang Asli seluruh semenanjung, sangat mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa kerajaan  persekutuan Malaysia, agar dapat memperhalusi  kermurnian cadangan untuk mewujudkan  sebuah pusat pemulihan, kebajikan dan kefahaman islam masyarakat Orang Asli  semenanjung Malaysia  dapat didirikan di sekitar kawasan tanah rizab hutan Batu  12  Gombak         

 

       

 

Bersama  doa dengan seribu harapan semoga tanah penempatan  Orang Asli Bukit Kala Batu12 Gombak dapat pembelaan dan tindakan sewajarnya dari  pihak  kerajaan BN di bawah kepimpinan YAB. Dato’  Seri Najib Bin Tun Abdul Razak selaku  Perdana Menteri Malaysia Sekian.

SALAM 1 MALAYSIA

                     

Wednesday, April 18, 2012

TUNTUTAN TANAH ORANG ASLI YANG SENTIASA DI ABAIKAN

SELAMAT MENGUNDI BUAT PEMBACA YANG BUDIMAN

CERITA DI  KEDAI KOPI
Sememangnya telah menjadi  budaya masyarakat Malaysia tak  kira kaum, Bila dekatnya saat pilihanraya berbagai  isu  hangat akan diperdebatkan dalam cerita di warong kopi.  namun di penghujung perbualan mereka selalunya  tiada  penyelesaian sering  saja bercanggah pendapat dan akhirnya perang saraf  pun berlaku bertikam lidah sesama sendiri...

Yang untungnya adalah peniaga warong tak henti – henti asyik mebancuh teh dan kopi  kerana deman pilihanraya telah kembali, pelanggan akan bertambah di luar kebiasaan terutama di hujung minggu, kekadang kedai terpaksa di buka sehingga larut hari disebabkan  hujah pelanggan terlalu panjang tiada noktah nak behenti .

Begitulah karenahnya  manusia  yang   kemaruk berpolitik. Politik mereka bermusim bila adanya pilihanraya,  kadang kala  cerita mereka  lebih hebat lagi mengalahkan  calon  parti.

Namun dalam apa-apa pun situasi. Orang Asli sejak awal lagi telah mengatur srategi, program gelombang biru telah menjadi bukti, bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kesetiaannya pengundi Orang Asli terhadap parti…

CERITA CALON PARTI 
Sememangnya sejak dari dulu lagi di zaman pemerintahan UMNO dari zaman Dato’ Kaharudin, Datin Rakibah, berubah pula kerusi kepada PAS untuk Ismail Kamus, diambil kembali UMNO oleh Utz. Yusairi dan akhirnya kerusi berpihak kepada PAS dengan kekalahan 4-0 UMNO  kepada  Pakatan Rakyat bersama gandingan kekuatan 2 tunjang "tongkat Ali"  Azmin dan Hasan Ali. Begitulah  bertapa hebatanya gelombang politik Orang Melayu di bumi Gombak ini.
 
Setiap kali pilihanraya.  Janji menjadi  agenda utama  dalam kempen calon parti,  kadang- kala sampai bercanggah dengan  manifesto yang diputuskan  dalam jentera parti.  Hanya disebabkan situasi agak meruncing dalam perebutan kerusi ,  akhirnya janji simpati pun ditaburkan untuk meraih undi  tertunai nya belum pasti.  Jadi?, sampai berkudislah janji ...

Harap-harap di PRU 13 nanti, kejadian yang serupa tak akan berulang lagi  kerana janji ibarat racun memakan diri sendiri. Rakyat telah celik politik terkini mereka mahukan pembaharuan serta ketulusan kepimpinan parti terutama dalam peringkat UMNO  Bahagian di negeri Selangor ini. Apa yang paling… kita takutkan nanti,  kekalahan lama terluka kembali  pembakang terus berkuasa Orang UMNO  masih becermin mimpi.

KESETIAAN ORANG PARTI
UMNO walaupun menjadi ketuanan dan keistimewaan kepada Orang Melayu yang bergelar kaum bumiputra,  Tidak semestinya mereka ini setia pada parti UMNO berbanding ahli UMNO di kalangan rumpun melayu masyarakat  Orang Asli,  kesetiaan meraka jauh lebih baik dan jitu walaupun sering... di anak tiri.

Kekalahan UMNO di Gombak pada pilihan raya yang lalu  adalah disebabkan oleh undi tidak percaya yang datangnya dari kalangan pengundi majoriti yang dibarisi Orang Melayu sendiri, Sebilangan besar nya  dulu adalah ahli UMNO kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti sebab kepentingan mereka tak dilayani,  lalu beralihlah mereka mencari keadilan demi untuk kepentingan dan ada  yang merajuk sampai ke bulan kononnya  nak cari pedoman....

Sudah dua kali tumbangnya UMNO di bumi Gombak Setia ini.  Jujur dalam pemerhatian  masih tiada lagi pembaharuan atau perubahan sikap  yang  dianggap ketara dalam perjuangan UMNO, terutamanya dibahagian Gombak ini, perjuangan mencari kerusi yang lebih selesa melebihi dari perjuangan  untuk mendekatkan UMNO bertahta di hati rakyat.

KESETIAAN ORANG ASLI
Perjuangan mereka dalam perbagai isu sering di anak tirikan,  namun masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak tetap membuktikan kesetiaan mereka kepada parti UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun berada di dalam kelompok kecil sebagai pengundi penentu di peti undi Batu 9 Gombak, terbukti mereka berjaya membawa  kemenangan undi mejoriti kepada UMNO calon BN.

UMNO Cawangan Bukit Kala Batu 12 Gombak merupakan sebuah cawangan yang  99%  ahlinya adalah masyarakat  Orang Asli diwakili berbilang suku kaum bergelar masyarakat pribumi. Mereka tergolong dalam suku sakat rumpun melayu di bumi Gombak ini.

Boleh dikatakan masyarakat ini telah terpencil atau sememangnya sengaja dipencilkan, kerana majoritinya tidak begitu besar mengakibatkan  masyarakat ini sering terlepas dari pandangan kerajaan.  Jika dibandingkan layanan yang  agak istimewa diberikan oleh kerajaan kepada tuntutan masyarakat pendatang seperti Orang Cina dan  India.  Mungkin disebabkan bilangan mereka ini besar sebagai pengundi penentu dan pada ketika ini mereka sedang bertepuk tangan melihat sinario perpecahan  politik Orang Melayu yang sedang bergolak sesama sendiri,

Sehinggakan mereka ini berani menuntut keistimewaan lebih dari rumpun melayu, seperti hak pegangan tanah 999 tahun sebagai hak milik mereka, Sememangnya ramai dari permahati politik dan cediakawan mengatakan tuntutan mereka ini langsung tak masuk di akal. Tapi ? jika diambil kira dalam faktor gelombang politik  mereka, serta  kuasa kekuatan parti pembakang  yang dimonopoli DAP di Perak seketika dulu,  Tak mustahil ianya boleh berlaku dan berpihak kepada tuntutan pejuangan mereka.

TUNTUTAN  HAK MILIK TANAH ORANG ASLI  BATU 12 GOMBAK
Tapi lain ceritanya di Gombak ini, tanah yang  telah teroka dan sepatutnya menjadi hak milik Orang Asli, di ambil sewenangnya oleh golongan kaum elit di kalangan orang melayu serumpun sendiri. Pengaruh mereka sememangnya BESAR.... sehingga ke peringkat menteri pun besar .

Tanah di sekeling pinggiran  Batu 12 Gombak, yang dulunya dikenali sebagai kawasan rayau Orang Asli, dari Mimaland sehingga Alang Sendayu, sudah sekian lama dicuri menjadi tanah hak milik suku kaum  melayu elit ini. Sedangkan sudah berpuluh tahun Orang Asli bersusah payah meneroka tanah rayau tersebut,  yang peliknya,,?senang.. pulak kaum elit ini  merampas dan mendapatkan kelulusan  tanah menjadi  hak milik sendiri.

Orang Asli?,,, Sejak dari kurun dari tahun 60an sehingga kini 2012. Permohonan  mereka langsung tak pernah di layan oleh pihak berkuasa tempatan, boleh  dikatakan  berkuasa  hanya untuk mereka memperluaskan kempentingan, bersama pengaruh  serta kekuatan golongan – golongan mereka yang berkedudukan . Demi rumpun melayu,  orang asli terpaksa akur bertemakan ” Jiwa teguh bersatu,”
 ” kita rumpun melayu.”

Minoriti Terpinggir
Menyebut tentang status  dan hak bumiputra dalam rumpun melayu, tumpuan sering diberikan kepada hak dan kedudukan pada Orang Melayu serta sukuan etnik di Sabah dan Sarawak. Namun tampa kita disedari,  masih ada lagi  kaum berstatus bumiputra  dalam rumpun melayu ini, di kastakan rendah iaitu Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli kurang mendapat pembelaan dalam kebanyakan perbincangan di semua peringkat , memang tidak dinafikan ada wakil Senator Orang Asli di Dewan Rakyat, tapi sayang suaranya agak terkunci sebab disekat, harus melalui menteri menapis maklumat , jangan sampai kedengaran di Dewan Rakyat.

Kalau ada pun mereka hanya di beri perhatian di kalangan pemimpin dalam tajuk utama media sahaja, ketika menjelangnya bahang pilihanraya. Status Orang Asli dalam  kedudukan  bumiputra masih lagi tidak jelas dari sudut pemberian  dan  perbezaan  hak milik  tanah  antara rizab melayu dan rizab orang asli.

Dengan beralasan ''kalau diberi nanti tanah akan dijual oleh orang asli '' mungkin mereka tidak mengetauhi atau merujuk  dalam akta 134 Orang Asli. Bahawa tanah adat yang dirizabkan kepada orang asli, diberi  secara kelompok, berbentuk permit  dan tiada bergeran  pegangan  hak milik,  tak ada siapa yang berani  nak beli. Itulah keistimewaan yang ketara antara rizab melayu dan rizab orang asli. Ketentuan nya telah termaktub dalam buku nasib masyarakat pribumi . Jadi,  mengemislah mereka  dibumi  Gombak ini.

Permohonan  Tanah Orang Asli Batu 12 Gombak
Bermula dari 360  belia Orang Asli yang mula-mula mengasaskan perkampungan ini, pada tahun1956 sehingga kini 2008. Penduduknya telah bertambah kepada 3,500  orang dan mempunyai 550 keluarga, dengan keluasan  tanah yang tidak sampai 10 ekar, telah menyebabkan  penempatan  kampung Orang Asli Bukit Kala  menjadi terlalu sempit, tidak teratur,  padat  dan tiada tempat untuk di huni.

Pada tahun 1974 sehingga 1984, berlaku pembalakan besar-besaran di tanah rizab hutan Ulu Gombak Bukit Kala. Pencorobohan menyebabkan kemusnahan besar  khazanah tumbuhan hutan, dari kesempatan itu, masyarakat Orang Asli Gombak yang terdiri dari berbilang suku kaum, mula menerokai dengan bercucuk tanam di tanah hutan tercemar tersebut, dengan  anggaran keluasan ketika itu 550 ekar. Pada tahun 1990,  semakin luas penerokaan nya hampir kapada 1,500 ekar .

Kini segala tanaman yang diusahakan  telah pun mengeluarkan hasil seperti buah-buahan tempatan, ulam-ulaman, herba , rempah ratus sambil mengekalkan pelbagai tumbuhan semula jadi hutan seperti buloh dan rotan, yang merupakan  salah satu hasil pendapatan turun temurun nenek moyang Orang Asli.

Dengan kesempatan itu, komuniti jawatankuasa penduduk Orang Asli ketika itu, telah memanjangkan permohonan untuk menuntut tanah tersebut supaya diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli, namun tak pernah diambil peduli  langsung oleh pihak JHEOA yang  kononnya di katakan pembela hal ehwal kebajikan orang asli di bumi semenanjung ini...

Jesteru, pada 4 Disember 2006. Kerjasama JKKK sektor ketika itu dengan UMNO cawangan, telah pun memajukan satu lagi kertas permohonan, untuk menunutut tanah Kerajaan  rizab hutan Ulu Gombak, dalam kopakman 1.9 dan 14. Di rizab kan sebagai tanah hak milik penempatan  Orang Asli. Melalui saluran Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Selangor, dengan kekuatan UMNO Bahagian Gombak,   bersama ketulusan Pentadbir Tanah Daerah Gombak untuk dibawa ke peringkat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor.
 
Dengan kekuatan janji sokongan permohonan yang datangnya dari JHEOA Malaysia, Ahli Parlimen Gombak, bersama ADUN Gombak Setia,  Kementerian Kesenian Warisan (KEKWA) , beserta Kekuatan. Ketua UMNO Bahagian Gombak selaku Exco Negeri Selangor ketika itu.

Di atas kertas mungkin tidak ada masaalah untuk mendapatkan kelulusan.di peringkat atasan dalam mesyuarat Exco Negeri Selangor , tetapi itu hanyalah andaian. Kerana tiada satu pun maklum balas yang kami terima dari pihak  yang berkenaan sehinggalah kini... Negeri Selangor pun dah bertukar kerajaan, di peringkat masyarakat kami, ia terlalu mendukacitakan, dan tertanya mengapa masyarakat ini sering di anak tirikan, cuma berkepengtingan semasa ada pemilihan. Situasi ini telah meyebabkan segala perancangan pembangunan ekonomi yang dirancang oleh Pak. Hussein bersama  anak - anak buahnya  di dalam AJK 3 sayap JKKP , UMNO caw.  dan Belia 4B, tak dapat kami teruskan.


Perancangan Utama, Cetusan  Dari Batin Ku, Hussein Bin Ngah Yin

MEMBANGUNKAN BUKIT KALA SEBAGAI TAPAK WARISAN  TARIKAN PELANCONGAN HOMESTAY KAMPUNG TRADISI ORANG ASLI  1 MALAYSIA

Segala persediaan dan perancangan  untuk membangunkan  program pelancongan  Homestay ini  telah pun dirancang lebih awal oleh JKKK Sektor ketika itu, dengan menubuhkan  Biro Kebudayaan dan kesenian sebagai  warga kerja yang di beri tanggungjawab untuk menjalankan segala aktiviti hal ehwal warisan  budaya dan kesenian Orang Asli sebagai sumber daya tarikan pelancong . JKKK juga telah pun menyediakan sebuah tapak untuk dibangunkan sebagai  pusat penempatan pelancongan  Homestay dengan menyediakan kemudahan yang lebih terancang dan teratur dengan suasana alam semulajadi hutan sambil mengekalkan konsep budaya tradisional kehidupan harian  Masyarakat Orang Asli .

Dengan kerja sama Tuorism Malaysia di peringkat awal, Biro kebudayaan telah menghantar seramai 11  peserta dari 30 orang peserta, terdiri dari penduduk kampung  yang telah memohon  untuk mengikuti kurusus asas Homestay di Dewan PWTC, Perangsang Templer Rawang. Susulan dari itu pada 17 Ogos 2008 lalu Biro kebudayaan juga telah mengadakan mesyuarat dan perjumpaan bersama peserta berkenaan dan hasilnya mereka bersetuju untuk mewujudkan Program Homestay ini secepat yang mungkin, dengan bercirikan rumah tradisional Orang Asli yang sebenar.

Segala urusan hal ehwal kemudahan , keselamatan dan kemasukan pelancong Homestay ke Bukit Kala akan berurusan  melalui  Biro Kebudayaan dan kesenian JKKP sebagai jawatan kuasa kerja yang bertanggungjawab mentadbir semua pengurusan program dan aktiviti termasuk pengagihan penglibatan keluarga (peserta) secara adil mengikut giliran, dan dengan  menaruh harapan yang tinggi supaya projek pembinaan seperti yang di cadang dapat disegerakan  
TAPAK CADANGAN HOMESTAY

Tapak ini amat sesuai untuk di bangunkan sebagai  tapak penempatan  program Homestay boleh dikatakan separuh dari aktiviti harian  orang asli tertumpu di sini, hasil pertanian dan khazanah hutan merupakan budaya ekonomi turun termurun nenek moyang  masyarakat orang asli ..

Menyedari  hakikat  ini , untuk  membangunkan  kawasan  yang   telah  dicadangkan  ianya  memerlukan kos yang terlalu tinggi buat kami orang asli, projek ini terpaksa kami tangguhkan. Pada ketika ini telah terdapat beberapa kemudahan rumah tradisional yang didirikan perlu diselenggara  semula, dengan membina beberapa buah lagi rumah baru bersama kemudahan  asas demi untuk keselesaan menerima kedatangan  pelancong di dalam dan diluar negeri.    

DAYA TARIKAN PELANCONGAN HOMESTAY

 1     Kedudukanya behampiran Bandaraya Kuala Lumpur.

 2     Terdapat sebuah Muzium dan Hospital Orang Asli yang berdekatan.

 3     Terkumpulnya18 suku kaum di dalam sebuah kampung yang tidak boleh didapati 
      di mana-mana penempatan perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia 

4    Terhimpun  dan kaya dengan pelbagai budaya suku kaum.
 
5        Sejajar  dengan  hasrat dan  impian  seluruh  Masyarakat  Orang  Asli Gombak   
      Bersama mengejar mimpi menjadikan  Bukit Kala sebagai pusat  Pelancongan  
      Pertanian kebudayaan dan  kesenian Kampung Tradisi Masyarakat Orang Asli
      Semananjung Malaysia.

Pengisian Homestay Aktiviti Tarikan Biro kebudayaan JKKKP Sektor Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak

1.       Mengenal cara hidup dan amalan budaya Orang Asli

 -     Adat Resam
 -     Masakan tradisional
 -     Bahasa dan pakaian mengikut suku kaum
 -     Budaya pantang larang
 -     Pertanian Tradisional dan khazanah hutan

 2.   Persembahan kebudayaan

 -   Muzik tradisional
 -   Tarian tradisional                                                                                              
 -   Sukan dan permainan tradisional

2.      Demotrasi  Pelbagai Kesenian  Tradisional kraftangan Orang Asli dari 18 Suku
      Kaum

4 .   Aktiviti Hutan                                                                                  
  
-     Memburu, Jungle Trekking,  mencari rotan, menyumpit hasil buruan, mencari  
      Herba , memasang pukat dan pelbagai lagi.

5.  Meyediakan perkhimatan pemandu arah (trekker)  aktiviti lasak  luar kawasan
     seperti:

-    Jelajah Hutan taman Negara / Hutan dara Belum / Endau- Rompin
-          Mendaki Gunung Tahan dan lain –lain gunung di semenanjung
      -    Ekspidisi berakit sungai pendalaman di  Pahang / Kelantan / Perak
      -    Memancing Kelah, sungai  dan tasik  hutan pandalaman
      -    Program perkemahan air terjun di pendalaman hutan
      -    Ekspidisi  jelajah  4 x 4  dari Sg. Siput perak ke Gua Musang Kelantan
      

PEMBINAAN KEMUDAHAN

1. Kemudahan penginapan
    Mendirikan 20 buah chalet dengan  rekabentuk rumah tradisional  orang asli
    4 unit wakaf  istirehat dan  kawasan tapak perkemahan boleh menampung 50 buah
    perkemahan,  
                                                                                                                                               
2. Sebuah dewan terbuka serbeguna dengan kemudahan pentas sewang

3. Sebuah geleri  kraftangan / kedai cenderahati       

4. Pejabat pengurusan dengan kelengkapan kaunter peyambut,ruang tetamu,
   
5. Kemudahan kafeteria / ruang dapur / peralatan memasak

6. Surau / tandas awam / bekalan tenaga dan air 
7. Menyediakan Kemudahan kemah / sliping bag untuk di sewa

** perancangan peringkat ke - 2 membina 4 unit rumah Ran (atas pokok) dan  kemudahan sumber tenaga       
     Mini Hidro


Kerja-kerja pertukangan terdiri dari tenaga mahir  Orang asli pandai tukang(tukang kayu) dengan senibina tradisioanal  menggunakan 75% bahan hutan anggaran   keseluruhan RM500.000. Ribu.   


BANTUAN KERAJAAN
Keusahawanan program Homestay  merupakan  penyumbang sumber ekonomi  yang mampu membawa masyarakat Orang Asli keluar dari kepompong kemiskinan dengan adanya saluran bantuan Kerajaan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) melalui  Program Keusahawanan Kementerian Luar Bandar .

Modal permulaan untuk membagunkan penempatan yang tersusun dengan medirikan kemudahan rumah tradisional yang dilengkapi dengan kemudahan asas  merupakan tajuk utama untuk menjayakan program ini, oleh yang demikian kami warga kerja di Biro Kebudayaan JKKP bersama UMNO cawangan telah pun mengajukan permohanan bantuan kerjasama dari Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor (MTPN) supaya dapat membantu menyalurkan peruntukan bagi pembiayaan kerja-kerja  pembangunan agar program ini dapat disegerakan, dan hasilnya seperti  berikut: 



Add caption

Begitulah kesudahan ceritannya. Namun sehinggalah kini, tiada sebarang  usaha atau tindakan pun yang dijalankan. Janji hanya tinggal janji, sehinggakan ada sesetengah masyarakat kami membuat andaian dan istilah tersendiri. Bahawa janji adalah senjata manis ahli politik  zaman kini, sebagai  daya useha tarikan  untuk mendapakan  publisiti untuk kepentingan peribadi, meraih undi.

JERITAN BATIN KU HUSEEIN NGAH YIN
Amanat beliau, dalam meyuarat Jawatankuasa kerja gabungan 3 sayap Biro kebuyaan Orang Asli  Bukit Kala.  Kita jangan cepat berputus asa, bukan senang kita nak jadi senang, kalau nak susah ikut sajalah sendiwara mereka itu, kita kena kerja lebih keras lagi selepas ini, selagi aku hidup, aku nak lihat orang asli Gombak ini maju dalam segala  segi hal ehwal... 

Begitulah jiwa seorang pemimpin yang  paling aku hormati di bumi Gombak ini.

PERANCANGAN KE -2

CADANGAN MEMBANGUNKAN PUSAT BIMBINGAN DAN PEMULIHAN ISLAM  MAYARAKAT ORANG  ASLI  SEMALAYSIA   DI BUKIT KALA BATU 12 GOMBAK

KITA SAMBUNG DI LAIN WAKTU YANG MENDATANG DAN SALAM AKU BUAT PEMBACA YANG BUDIMAN JUMPA LAGI..........

*********************************************************************************

Wednesday, April 4, 2012

SEJARAH RUMAH SAKIT ORANG ASLI " DEQ JEKJIK SENOI SEROQ." TELAH PUPUS DALAM INGATAN

Salam buat sidang pembaca budiman,

2012 telah berlakunya detik sejarah apabila Hospital kebanggaan Orang Asli (JHOA) terkini JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) Telah di ambil terus pengurusan nya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )

Pengambilan kuasa ini hanya disebabkan krisis kecil yang pernah berlaku di Hospital ini pada awal tahun 2010 yang telah dibawa oleh seorang Doktor yang baru tiga bulan ditukarkan dari Sabah bertugas ke Hospital Orang Asli .

Lebih memelikan? mengapa dengan tiba-tiba sahaja beliau terlalu perihatin yang kononnya ingin memperjuangkan nasib Masyarakat Orang Asli.

Inilah sinario atau sendiwara politik, mereka tak kira siapa mangsa , asalkan agenda mereka tercapai , mungkin disebabkan masyarakat Orang Asli ini kecil bilangannya jadi suara mereka tak kedengaran dan tak perlu diambil kira , jika hendak dibandingkan dengan masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India, jika kita renungkan mereka lebih bersatu hati untuk merampas hak keistimewaan orang melayu dan serumpun dengan nya.

Orang melayu atau yang serumpun dengannya masing – masing hendak bersaing dalam dunia glamor dan kuasa terutama dalam bidang Politik. Tak hairanlah kita jika pengambilan Hospital ini berpihak kepada mereka yakni kaum pendatang halal ,sebab Menteri kesihatan pun bukan dalam rumpun Melayu

Ataupun SUAKA keistimewaan suara Orang melayu ini telah diambil alih oleh SUHAKAM

Lebih menyedihkan , tiada peranan lansung dari orang yang berpengaruh dalam rumpun melayu terutama dalam SUHAKAM yang hendak berjuang untuk Orang Asli yang serumpun dengannya....

Kelebihan JHEOA, arahan mereka mesti dipatuhi.  Jika ingkar nescayalah  batin itu dalam senarai dipinggirkan, yang zalimnya langsung tak pedulikan, hanya ketua kampung yang akur sahaja akan di senarai dalam kamus penbangunan serta bantuan kebajikan yang agak lumayan... , dan kalau boleh biarlah batin -batin ini dapat dijadikan katak duduk dibawah tempurung...

Lumrah alam, manusia yang ikhlas sering dikecam serta di manipulasikan kenyataan nya oleh  golongan manusia yang berkepentingan kerana  takut pada bayangan sendiri... dan selalunya manusia berkepentingan ini  mempunyai  lebih kuasanya berbanding manusia jujur....

Perjuangan mereka dalam isu tanah memang ada kebenarannya tetapi mereka tersalah dalam segi tindakannya.

TONTON  KISAH  INI


mereka ini golongan rumpun melayu yang telah di hasut dan dijadikan boneka oleh orang ke tiga, suku kaum pendatang halal yang bukan dalam rumpun melayu, yang ingin mengambil kesempatan untuk mengembangkan pengaruh politik songsang mereka ???

ikuti drama bersiri mereka di Malaysia kini

memorandum
inilah bintang terkenal ala - ala Bolliwood pelakon utama drama bersiri konfilik Hospital Orang Asli, mereka juga merupakan bintang paling popular dalam anugerah skrin di rangkaian TV Malaysia kini

PERJUANGAN DAN JERITAN BATIN KU HUSSEIN BIN NGAH YIN ?

Surat penjelasan Kepada YB. Perdana Menteri melalui ketulusan  dan tapisan JHEOA.
jujur dalam pendirian?, aku pun tak tahu sama ada surat ini sampai ke tangan PM atau pun tidak?
sehingga kini tiada satu pun surat  maklum balas dari pihak JHEOA  pembela kebajikan Orang Asli.kalau secara rasminya kena ada maklumbalas ???

  JAWATANKUASA PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI
                  BUKIT KALA BATU 12 GOMBAK

KEPADA,                                                                                    TARIKH: 5 MAC 2010  
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB. Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

SALINAN KEPADA :
YB. Dato’ Seri Haji Mohd Shafei Bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB. Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Malaysia

YB. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Y. Bhg, Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bin Marican
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Selaku Pengerusi Majlis Perubatan Malaysia( MMC)

Y. Bhg, Dato’ Haji Abu Kassim Bin Mohamed
Ketua Pesuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Y.Bhg, Senator Orang Asli Malaysia
Tuan, Mohammad Olian Bin Abdullah

MELALUI
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Malaysia,
Tingkat 20 dan 20M, West Block,
Wisma Selangor Dredging,
142 – C, Jalan Ampang,
505448 Kuala Lumpur.

YAB. Dato’ Seri

PERKARA : PENJELASAN KONFLIK DI HOSPITAL JHEOA

Salam Pengenalan
Saya Hussein Bin Ngah Yin ialah batin Masyarakat Orang Asli merangkap Ketua UMNO Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12, Gombak dan seorang persara daripada 360 belia Orang Asli yang terawal telah dikumpulkan oleh kerajaan untuk berkhimat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebagai pembantu perubatan.

Latar Belakang Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kala
Kampung Bukit Kala unik kerana merupakan satu-satu perkampungan Orang Asli yang didiami 18 suku kaum yang terdapat di Semenanjung.

Kebanyakan daripada 3,500 penduduknya dengan 550 ketua keluarga merupakan pesara dan kakitangan bahagian kesihatan JHEOA yang kini tinggal bertaburan di sekitar kampung berhampiran hospital dan Muzium Orang Asli di Batu 12 Gombak.

SEJARAH KEWUJUDTAN KAMPUNG ORANG ASLI  BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK

Ulu Gombak merupakan pusat pentadbiran JHEOA yang terawal dan tertua di Semenanjung Malaysia serta menjadi pusat hal ehwal kebajikan tebesar dengan terdapatnya sebuah hospital dan Muzium Orang Asli. Faktor inilah yang menjadikan Gombak sangat terkenal dengan kewujudan Masyarakat Orang Asli, tetapi hakikatnya ramai yang tidak mengetauhi bahawa perkampungan Orang Asli di Batu 12, Gombak tidak diiktiraf pun kewujudannya. Justeru, sehingga kini perkampungan mereka masih betaraf setinggan yang menumpang teduh di tanah kerajaan

Pada asalnya Masyarakat Orang Asli di Batu 12 Gombak dikumpulkan kerajaan melalui JHEOA pada awal 1956. Ketika itu 360 belia Orang Asli berbilang suku kaum yang diambil dari seluruh Tanah Melayu diberi latihan dan krusus perubatan selama enam bulan. Setelah tamat kursus mereka diserapkan menjadi kakitangan kerajaan sebagai pembantu perubatan dan kemudian dihantar bertugas di pos penempatan Orang Asli di pedalaman selama tiga bulan mengikut giliran,

Tujuan kerajaan menubuhkan pasukan ini untuk memperkenalkan rawatan moden sambil berperanan sebagai serampang dua mata bagi menawan hati masyarakat Orang Asli yang jauh di pendalaman menyokong kerajaan daripada ancaman Parti Kamunis Malaya (PKM). Mereka telah menjadi mata dan telinga kerajaan melaporkan segala pergerakan PKM dengan amat berkesan sehingga peletakan senjata oleh parti tersebut di Thailand pada 1989.

Bermula daripada 360 belia Orang Asli yang mula-mula mengasaskan perkampungan ini pada tahun1956 sehingga kini, penduduknya telah bertambah kepada 3500 orang dan mempunyai 550 keluarga.

Pengorbanan mereka terlalu besar dalam memajukan masyarakat. Perkhimatan mereka boleh diibaratkan sebagai buruh serba guna kerajaan kerana selain memberikan perkhimatan perubatan dan melaporkan segala kegiatan pengganas Komunis, mereka turut bertanggungjawab membantu menyedia dan menguruskan hal ehwal kebajikan seperti pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Jasa mereka setanding pejuang yang mempertahankan kedaulatan negara, namun sayang tiada pengiktirafan daripada kerajaan. Saki-baki mereka yang masih hidup terpinggir dan menumpang di perkampungan setinggan Orang Asli Bukit Kala yang ketika ini dibelenggu masaalah penempatan dan kemiskinan. Tiada sebarang usaha untuk memberikan mereka sebidang tanah untuk bercucuk tanam. Lebih malang sejarah serta rintihan warisan perjuangan mereka hanya menjadi bualan di kedai kopi dan hasil perjuangan mereka menjadi khazanah warisan murahan yang tiada nilai.

HOSPITAL KEBANGGAAN MASYARAKAT ORANG ASLI
Hospital Orang Asli di Batu 12 Gombak diwujudkan tentera British ketika zaman penjajahan. Pada tahun 1950 ia dikenali sebagai Rumah Sakit Orang Asli atau dalam bahasa Orang Asli ‘DEQ JEKJIK SENOI SEROQ.’ Selepas negara merdeka sehingga pada tahun 1977 barulah rumah sakit ini dinaikan taraf sebagai Hospital JHEOA.

Rumah sakit Orang Asli ketika itu ditadbir seorang doktor tentera British, Dr. J.M Bolton. setelah persaraannya pada tahun 1977 tempat beliau digantikan oleh Dr Muthila dan selepas itu ramailah doktor bertukar ganti menjadi pengarah mentadbir hospital ini. Antaranya ialah Dr Pritham Singh, Dr Narenda, Dr Kumar, Dr Ong, Dr Zakaria, Dr Khoo, Dr Lilano, Dr Mohd Ali, Dr Mohd Naim dan Dr Saayah Bt Abdullah.

Sejujurnya, sejak berkhidmat di bawah pentadbiran Dr Bolton sehingga zaman Dr Naim dan kini telahpun bersara, saya dapati tidak pernah Orang Asli terutama di Batu 12 Gombak membuat sebarang surat aduan kepada JHEOA. Paling menghairankan saya kenapa ketika Dr Saayah menarajui pentadbiran hospital ini timbul isu banyak surat layang dan aduan yang kononnya dibuat Orang Asli Batu 12 Gombak.

Oleh itu, saya selaku batin yang bertanggungjawab terhadap. Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak yakin bahawa tidak terlintas pun di hati masyarakat ini untuk membuat sebarang surat aduan terhadap JHEOA. Jika perkara ini benar-benar berlaku saya percaya mereka telah dipengaruhi pihak tertentu yang ada kepentingan peribadi dan didalangi anasir politik pembangkang .

Lebih 30 tahun saya bertugas di JHEOA sebagai pembantu perubatan. Selepas bersara dilantik pula menjadi Ketua UMNO Cawangan dan selaku batin yang menetap hampir 40 tahun di Gombak saya bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di sini. Apa yang boleh saya katakan pengaruh sebagai batin meliputi hingga ke kawasan hospital Orang Asli di Batu 12, Gombak. Hubungan kami boleh diibaratkan jika hujan di kawasan hospital, Kampung Bukit Kala yang pertama menerima tempiasnya. kalau banjir kami mendapat lumpurnya, jika tsunami melanda kamilah mangsanya.

Apa yang boleh saya rumuskan, konflik dalam pentadbiran Hospital JHEOA pada Julai lalu adalah berpunca daripada seorang doktor kerturunan India, Dr Shelba a/p Pelai yang baru ditukarkan dari Sabah. Agak mengagumkan dalam tempoh beberapa bulan berkhimat di hospital ini dia bersungguh-sungguh mengumpul dan mencari segala kelemahan yang dilakukan pegawai serta kakitangan JHEOA. Sasaran utama kepada mereka yang meragui dan tidak mahu berkrompomi memenuhi agendanya untuk menghasut Orang Asli Batu 12 Gombak bangkit berjuang kononnya untuk menuntut hak sebagai peribumi.

Apakah itu termasuk tugas seorang doktor? Kita boleh lagi bertolak ansur jika kakitangan awam yang selama ini mengaut segala rezeki kerajaan tetapi memangkah pembangkang ketika pilihan raya atas alasan undi adalah hak individu. Namun apakah kita masih boleh berdiam diri jika ‘orang kerajaan’ seperti doktor terbabit menjadi tali barut pembangkang dan aktif mengikis kepercayaan secara terang-terangan terhadap kerajaan di kalangan Orang Asli? Labih daripada itu dia turut memecah-belahkan perpaduan yang dipertahankan masyarakat Orang Asli sejak sekian lama dan mencemarkan imej mereka.

Untuk pengetahuan pihak tuan, rentetan musibah didalangi Dr Shelba bermula pada 12 April 2009, jam 9 malam apabila saya bersama 2 orang sahabat yang juga pesara JHEOA iaitu Apok Bin Akong dan Bah lin Bin Didak dijemput ke sebuah restoran di Bandar Seri Gombak bagi membincangkan masalah Orang Asli. Pada perjumpaan itu doktor berkenaan cuba mempengaruhi kami supaya memberi maklumat pentadbiran JHEOA. Saya yang sudah dapat menghidu niat jahatnya menganggap tindakan itu sebagai menghasut dan bermotifkan politik pembangkang. Sebenarnya segala kandungan aduan yang dikemukakan doktor itu adalah seperti yang diperkatakan pada perjumpaan tersebut.

Isu Orang Asli dipaksa memeluk Islam
Isu Orang Asli dipaksa memeluk Islam oleh kakitangan JHEOA di bawah pentadbiran Doktor Saayah adalah tidak benar. Pegawai dan kakitangan terbabit menyampaikan syiar Islam kepada masyarakat Orang Asli di luar waktu tugas hakiki mereka. Kebanyakan Orang Asli menerima Islam secara suka rela selepas mendengar penerangan mengenai agama ini daripada pegawai terbabit.



Pada 21 Januari 2008 saya termasuk keluarga dan masyarakat Orang Asli seramai 15 orang memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Kami tidak dipaksa mana-mana pihak. Seramai 250 Orang Asli yang telah menjadi saudara baru terdahulu dari saya di kampung ini, tidak pernah mengadu kepada saya mereka dipaksa, malah sepanjang tahun lalu 28 orang menemui saya menyatakan hasrat untuk disyahadahkan.

Gek Bin Bachik ialah Orang Asli menurunkankan tanda tangan pada surat aduan seperti yang telah diedarkan. Malangnya beliau menandatangani  surat tanpa mengetahui kandungannya. Tindakan ini jelas dilakukan pihak yang mahu memanipulasikan kedaifan Gek untuk menipu dan menghasutnya supaya menurunkan tanda tangan.

Dakwaan memburukkan hospital
Dakwaan Hospital Orang Asli Batu 12, Gombak lebih mengutamakan orang luar tidak benar. Mereka hanya mengambil ubat sebagai pesakit luar, manakala semua pesakit yang menerima rawatan di wad ialah masyarakat Orang Asli. Penduduk bukan Orang Asli berhampiran hospital lebih kurang 20,000 orang. Manakala penghuni Orang Asli hanya 3,500 orang, oleh itu, pengambilan ubat oleh orang luar sudah pasti lebih berbanding Orang Asli.

Tuduhan kehabisan ubat juga tidak berasas kerana kemungkinan hanya satu atau dua ubat habis pada satu-satu masa. Namun ia tidak dibiarkan berlarutan oleh kakitangan hospital yang segera menangani masalah ini.

Pengadu juga menyebarkan dakyah kononnya doktor di Hospital JHEOA Batu 12, Gombak tersalah memberi ubat sehingga menyebabkan beberapa Orang Asli maut. Sepanjang hayat saya bertugas di Hospital JHEOA dan berpuluh tahun tinggal di Bukit Kala, tidak pernah penduduk mengadu keluarga mereka maut kerana doktor di hospital tersalah memberi ubat. Jika benar berlaku seperti dilaporkan, buat masa ini belum ada bukti kukuh yang boleh dipercayai. Justeru, saya beranggapan kes yang dilapor dan dibangkitkan adalah rekaan semata-mata untuk mengubati kekecewaan individu atau badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membakar pemikiran masyarakat Orang Asli agar bangkit menentang kerajaan.

Masyarakat kami yang banyak dibantu tidak terlintas untuk menentang JHEOA dan kerajaan. Dewasa ini semakin banyak NGO yang kian tersepit mencari sokongan dengan menghasut dan meracuni fikiran rakyat . Kegagalan dalam pelbagai cara mempengaruhi rakyat menyebabkan mereka beralih arah untuk memperkudakan Orang Asli bagi memenuhi aspirasi politik pembangkang. Kesimpulannya, usaha NGO itu menjadi percaturan politik pihak tertentu untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

CADANGAN
Dengan keadaan politik yang tidak menentu sekarang dan sebelum pihak tidak bertanggungajawab ini lebih berani menghasut Orang Asli di Semenanjung, saya cadangkan kepada kerajaan supaya dapat menubuhkan jawatankuasa pemantauan dianggotai masyarakat Orang Asli pada peringkat Pusat, sekali gus menjadi ketua perhubungan peringkat negeri. Mereka seterusnya akan membentuk jawatankuasa pemantau di negeri bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli tidak berpaling tadah kepada pembangkang.

Menerusi badan ini kerajaan boleh menyediakan kemudahan atau peruntukan secukupnya supaya mereka segera turun padang menyampaikan segala maklumat ke perkampungan Orang Asli di luar Bandar dan pedalaman untuk meraih sokongan kepada calon Barisan Nasional. Badan pemantau ini menggunakan pendekatan budaya masyarakat itu sendiri seperti peranan yang telah mereka lakukan untuk membendung kegaiatan PKM.

Tanpa badan pemantau ini saya percayai lebih ramai pengundi Orang Asli menyokong pembangkang kerana mudah terpengaruh dengan taktik dan muslihat mereka. Budaya pengundi penentu dan setia yang telah dilatih kepada Orang Asli akan terhapus.

Tujuan utama penubuhan jawatankuasa pemantauan Orang Asli ini untuk membantu kemenangan calon BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

ULASAN RINGKAS
Dianggarkan kurang 150,000 Orang Asli terdapat di Semenanjung dan tidak sampai 5 peratus yang berpendidikan tinggi menyebabkan terlalu mustahil untuk mencetuskan bantahan terhadap JHEOA mahu pun kerajaan

Masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang terdiri daripada 18 suku kaum terkenal dengan berakhlak mulia. Meraka tidak akan menjaja rasa tidak puas hati di jalanan seperti dilakukan kaum lain. Segala masalah mereka diselesaikan secara muafakat dengan batin, satu sistem kemasyarakatan yang dipertahankan sejak dulu. Jika masyarakat ini bertindak di luar kebiasaan, maka ia sudah pasti didalangi serta diperdayakan pihak berkempetingan

Saya berharap kerajaan segera bertindak mencegah Orang Asli menjadi mainan politik individu yang berkepentingan dan NGO propembangkang yang pasti merugikan masa depan masyarakat ini. Sebagai peribumi sudah tentu Orang Asli tidak mahu menggadai hak dan tanah air di tangan pihak yang kemaruk kuasa. Pihak tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan Orang Asli sebagai undi penentu dengan apa cara sekali pun untuk memenangi pilihan raya akan datang. Gerakkan segala jentera bagi memastikan kesetiaan Orang Asli terhadap BN kerana hanya parti ini yang mampu memperjuangkan nasib mereka. Menerusi kaedah ‘menang-menang’ Orang Asli tetap berdiri teguh di belakang kerajaan BN.

RENUNGAN
Tercetus perhimpunan di pekarangan hospital JHEOA Gombak baru –baru ini telah mencemarkan budaya permaufakatan masyarakat Orang Asli. Apa yang di kesalkan ada Orang Asli yang berpendidikan dan berpengaruh turut bekerjasama menjadi dalang menghasut hanya disebabkan kecewa kerana tidak dicalonkan dalam jawatan tertinggi dalam pentadbiran Orang Asli

Lebih menyedihkan Pesatuan Orang Asli Semenanjung Malasyia (POASM) yang sepatut memperjuangkan masa depan 18 suku kaum telah dikuasai oleh kumpulan etnik tertentu. Mereka sanggup menggubal perlembagaan pesatuan demi berkepentingan kuasa menjadi presiden seumur hidup. Tindakan ini menyebabkan rasa tidak puas hati suku kaum lain. Ada berita mengatakan sejak akhir –akhir ini Jaringan Orang Asli Sabah, Sarawak dan Semenanjung (JOAS) telah menjalin kerjasama rundingan ,jika benar apa yang dikatakan matlamat POASM telah jauh menyimpang dari dasar yang sebenar.

SEKIAN TERIMA KASIH
DEMI INSAN DAN MANUSIA


(Hussein Bin Ngah Yin)
Ketua Masyarakat Orang Asli
Merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kala
Batu 12 Gombak

YANG BAIK ITU ANDA YANG BURUK ITU KAMI

Begitulah perkara sebenarnya , mereka ini sebenarnya buta sejarah, kalau di tanya?, mereka sendiri pun tak tak tahu asal-usul dari mana datangnya masyarakat Orang Asli di Gombak ini, tapi malang SUHAKAM lebih mengenali dan mempercayai mereka dari masyarakat Orang Asli sendiri,

pernah aku terbaca tulisan seorang pujangga , katanya ?.. lebih elok kita bersifat kurang pandai dari menjadi orang yang terlebih pandai , sebab orang yang terlalu pandai menterjemahkan kebodohanya, ia tetap mempertahan bahawa dirinya itu tetap pandai..

agenda sebenarnya mereka ini takut sekiranya Orang Asli ini menjadi melayu tulin sebagai umat Islam , nanti susah bagi mereka mencari pengaruh dalam aliran politik songsang mereka ?....dan payah  nanti pasukan penyebar ajaran kristian  hendak menapak di kawasan Batu 12 Gombak ini. serta kawasan perkampungan Orang Asli di pendalaman yang sewaktu dengan nya .

Itupun pihak berkuasa golongan Islam baka dari serumpun melayu ini masih lagi buta membaca pergerakan mereka . pelik.... jugaaa..? makan gaji buta ke apa!...

sejarah telah membuktikan bahawa wujudnya Orang Asli di Batu 12 Gombak ini adalah atas kehendak Kerajaan untuk menawan hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan melalui JHEOA bersama tenaga kebajikan 360 belia Orang Asli sebagai hulubalangnya.

Pengambilan alih pengurusan Hospital Orang Asli oleh pihak KKM akan menyebabkan peluang pekerjaan yang diwarisi turun - temurun yang di ilhamkan oleh kerajaan pada awal 1950 sehingga hari ini , akan pupus di mamah masa ke semasa tampa kita sedari?.. segala hal ehwal serta kebajikan akan terabai hilang bersama warisan sejarah perngorbanan 360 belia terawal Orang Asli sebagai bekas kakitangan pembantu perubatan yang pernah berkhimad di bawah payung pentadbiran JHEOA seketika dulu.

Mereka kini kecewa dan terhina, jasa mereka langsung tak dikenang oleh pihak kerajaan.. Sedangkan semasa di dalam pentadbiran JHEOA pun pesara ini terlepas perhatian dan di abaikan ,kini kan pula di bawah pengurusan KKM  yang tiada kepakaran dalam hal ehwal Orang Asli.

tak mustahil di masa akan datang tanah yang hendak di perjuangkan oleh 18 suku kaum penduduk kampung Orang Asli di Batu 12 Gombak ini. akan diambil Orang yang ada berkepentingan dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengan nya.......

Inilah di katakan nasib masyarakat peribumi yang diistilahkan sebagai Orang Asli , Akhirnya di suruh mengemis di bumi sendiri....

Kita jangan sekadar mendengar untuk kepastian, tapi datang lah ke Gombak ini ,anda akan  dapat melihat gambaran dan kisah sebenar kehidupan  Orang Asli. 

Assalam Mualaikum dan Salam Sejahtera  dengan keizinanya kita akan berutusan lagi  dalam kisah perjuangan tuntututan hak milik tanah masyarakat orang asli ....By.by..

*********************************************************************************