Wednesday, April 4, 2012

SEJARAH RUMAH SAKIT ORANG ASLI " DEQ JEKJIK SENOI SEROQ." TELAH PUPUS DALAM INGATAN

Salam buat sidang pembaca budiman,

2012 telah berlakunya detik sejarah apabila Hospital kebanggaan Orang Asli (JHOA) terkini JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) Telah di ambil terus pengurusan nya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )

Pengambilan kuasa ini hanya disebabkan krisis kecil yang pernah berlaku di Hospital ini pada awal tahun 2010 yang telah dibawa oleh seorang Doktor yang baru tiga bulan ditukarkan dari Sabah bertugas ke Hospital Orang Asli .

Lebih memelikan? mengapa dengan tiba-tiba sahaja beliau terlalu perihatin yang kononnya ingin memperjuangkan nasib Masyarakat Orang Asli.

Inilah sinario atau sendiwara politik, mereka tak kira siapa mangsa , asalkan agenda mereka tercapai , mungkin disebabkan masyarakat Orang Asli ini kecil bilangannya jadi suara mereka tak kedengaran dan tak perlu diambil kira , jika hendak dibandingkan dengan masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India, jika kita renungkan mereka lebih bersatu hati untuk merampas hak keistimewaan orang melayu dan serumpun dengan nya.

Orang melayu atau yang serumpun dengannya masing – masing hendak bersaing dalam dunia glamor dan kuasa terutama dalam bidang Politik. Tak hairanlah kita jika pengambilan Hospital ini berpihak kepada mereka yakni kaum pendatang halal ,sebab Menteri kesihatan pun bukan dalam rumpun Melayu

Ataupun SUAKA keistimewaan suara Orang melayu ini telah diambil alih oleh SUHAKAM

Lebih menyedihkan , tiada peranan lansung dari orang yang berpengaruh dalam rumpun melayu terutama dalam SUHAKAM yang hendak berjuang untuk Orang Asli yang serumpun dengannya....

Kelebihan JHEOA, arahan mereka mesti dipatuhi.  Jika ingkar nescayalah  batin itu dalam senarai dipinggirkan, yang zalimnya langsung tak pedulikan, hanya ketua kampung yang akur sahaja akan di senarai dalam kamus penbangunan serta bantuan kebajikan yang agak lumayan... , dan kalau boleh biarlah batin -batin ini dapat dijadikan katak duduk dibawah tempurung...

Lumrah alam, manusia yang ikhlas sering dikecam serta di manipulasikan kenyataan nya oleh  golongan manusia yang berkepentingan kerana  takut pada bayangan sendiri... dan selalunya manusia berkepentingan ini  mempunyai  lebih kuasanya berbanding manusia jujur....

Perjuangan mereka dalam isu tanah memang ada kebenarannya tetapi mereka tersalah dalam segi tindakannya.

TONTON  KISAH  INI


mereka ini golongan rumpun melayu yang telah di hasut dan dijadikan boneka oleh orang ke tiga, suku kaum pendatang halal yang bukan dalam rumpun melayu, yang ingin mengambil kesempatan untuk mengembangkan pengaruh politik songsang mereka ???

ikuti drama bersiri mereka di Malaysia kini

memorandum
inilah bintang terkenal ala - ala Bolliwood pelakon utama drama bersiri konfilik Hospital Orang Asli, mereka juga merupakan bintang paling popular dalam anugerah skrin di rangkaian TV Malaysia kini

PERJUANGAN DAN JERITAN BATIN KU HUSSEIN BIN NGAH YIN ?

Surat penjelasan Kepada YB. Perdana Menteri melalui ketulusan  dan tapisan JHEOA.
jujur dalam pendirian?, aku pun tak tahu sama ada surat ini sampai ke tangan PM atau pun tidak?
sehingga kini tiada satu pun surat  maklum balas dari pihak JHEOA  pembela kebajikan Orang Asli.kalau secara rasminya kena ada maklumbalas ???

  JAWATANKUASA PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI
                  BUKIT KALA BATU 12 GOMBAK

KEPADA,                                                                                    TARIKH: 5 MAC 2010  
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB. Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

SALINAN KEPADA :
YB. Dato’ Seri Haji Mohd Shafei Bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB. Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Malaysia

YB. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Y. Bhg, Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bin Marican
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Selaku Pengerusi Majlis Perubatan Malaysia( MMC)

Y. Bhg, Dato’ Haji Abu Kassim Bin Mohamed
Ketua Pesuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Y.Bhg, Senator Orang Asli Malaysia
Tuan, Mohammad Olian Bin Abdullah

MELALUI
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Malaysia,
Tingkat 20 dan 20M, West Block,
Wisma Selangor Dredging,
142 – C, Jalan Ampang,
505448 Kuala Lumpur.

YAB. Dato’ Seri

PERKARA : PENJELASAN KONFLIK DI HOSPITAL JHEOA

Salam Pengenalan
Saya Hussein Bin Ngah Yin ialah batin Masyarakat Orang Asli merangkap Ketua UMNO Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12, Gombak dan seorang persara daripada 360 belia Orang Asli yang terawal telah dikumpulkan oleh kerajaan untuk berkhimat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebagai pembantu perubatan.

Latar Belakang Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kala
Kampung Bukit Kala unik kerana merupakan satu-satu perkampungan Orang Asli yang didiami 18 suku kaum yang terdapat di Semenanjung.

Kebanyakan daripada 3,500 penduduknya dengan 550 ketua keluarga merupakan pesara dan kakitangan bahagian kesihatan JHEOA yang kini tinggal bertaburan di sekitar kampung berhampiran hospital dan Muzium Orang Asli di Batu 12 Gombak.

SEJARAH KEWUJUDTAN KAMPUNG ORANG ASLI  BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK

Ulu Gombak merupakan pusat pentadbiran JHEOA yang terawal dan tertua di Semenanjung Malaysia serta menjadi pusat hal ehwal kebajikan tebesar dengan terdapatnya sebuah hospital dan Muzium Orang Asli. Faktor inilah yang menjadikan Gombak sangat terkenal dengan kewujudan Masyarakat Orang Asli, tetapi hakikatnya ramai yang tidak mengetauhi bahawa perkampungan Orang Asli di Batu 12, Gombak tidak diiktiraf pun kewujudannya. Justeru, sehingga kini perkampungan mereka masih betaraf setinggan yang menumpang teduh di tanah kerajaan

Pada asalnya Masyarakat Orang Asli di Batu 12 Gombak dikumpulkan kerajaan melalui JHEOA pada awal 1956. Ketika itu 360 belia Orang Asli berbilang suku kaum yang diambil dari seluruh Tanah Melayu diberi latihan dan krusus perubatan selama enam bulan. Setelah tamat kursus mereka diserapkan menjadi kakitangan kerajaan sebagai pembantu perubatan dan kemudian dihantar bertugas di pos penempatan Orang Asli di pedalaman selama tiga bulan mengikut giliran,

Tujuan kerajaan menubuhkan pasukan ini untuk memperkenalkan rawatan moden sambil berperanan sebagai serampang dua mata bagi menawan hati masyarakat Orang Asli yang jauh di pendalaman menyokong kerajaan daripada ancaman Parti Kamunis Malaya (PKM). Mereka telah menjadi mata dan telinga kerajaan melaporkan segala pergerakan PKM dengan amat berkesan sehingga peletakan senjata oleh parti tersebut di Thailand pada 1989.

Bermula daripada 360 belia Orang Asli yang mula-mula mengasaskan perkampungan ini pada tahun1956 sehingga kini, penduduknya telah bertambah kepada 3500 orang dan mempunyai 550 keluarga.

Pengorbanan mereka terlalu besar dalam memajukan masyarakat. Perkhimatan mereka boleh diibaratkan sebagai buruh serba guna kerajaan kerana selain memberikan perkhimatan perubatan dan melaporkan segala kegiatan pengganas Komunis, mereka turut bertanggungjawab membantu menyedia dan menguruskan hal ehwal kebajikan seperti pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Jasa mereka setanding pejuang yang mempertahankan kedaulatan negara, namun sayang tiada pengiktirafan daripada kerajaan. Saki-baki mereka yang masih hidup terpinggir dan menumpang di perkampungan setinggan Orang Asli Bukit Kala yang ketika ini dibelenggu masaalah penempatan dan kemiskinan. Tiada sebarang usaha untuk memberikan mereka sebidang tanah untuk bercucuk tanam. Lebih malang sejarah serta rintihan warisan perjuangan mereka hanya menjadi bualan di kedai kopi dan hasil perjuangan mereka menjadi khazanah warisan murahan yang tiada nilai.

HOSPITAL KEBANGGAAN MASYARAKAT ORANG ASLI
Hospital Orang Asli di Batu 12 Gombak diwujudkan tentera British ketika zaman penjajahan. Pada tahun 1950 ia dikenali sebagai Rumah Sakit Orang Asli atau dalam bahasa Orang Asli ‘DEQ JEKJIK SENOI SEROQ.’ Selepas negara merdeka sehingga pada tahun 1977 barulah rumah sakit ini dinaikan taraf sebagai Hospital JHEOA.

Rumah sakit Orang Asli ketika itu ditadbir seorang doktor tentera British, Dr. J.M Bolton. setelah persaraannya pada tahun 1977 tempat beliau digantikan oleh Dr Muthila dan selepas itu ramailah doktor bertukar ganti menjadi pengarah mentadbir hospital ini. Antaranya ialah Dr Pritham Singh, Dr Narenda, Dr Kumar, Dr Ong, Dr Zakaria, Dr Khoo, Dr Lilano, Dr Mohd Ali, Dr Mohd Naim dan Dr Saayah Bt Abdullah.

Sejujurnya, sejak berkhidmat di bawah pentadbiran Dr Bolton sehingga zaman Dr Naim dan kini telahpun bersara, saya dapati tidak pernah Orang Asli terutama di Batu 12 Gombak membuat sebarang surat aduan kepada JHEOA. Paling menghairankan saya kenapa ketika Dr Saayah menarajui pentadbiran hospital ini timbul isu banyak surat layang dan aduan yang kononnya dibuat Orang Asli Batu 12 Gombak.

Oleh itu, saya selaku batin yang bertanggungjawab terhadap. Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak yakin bahawa tidak terlintas pun di hati masyarakat ini untuk membuat sebarang surat aduan terhadap JHEOA. Jika perkara ini benar-benar berlaku saya percaya mereka telah dipengaruhi pihak tertentu yang ada kepentingan peribadi dan didalangi anasir politik pembangkang .

Lebih 30 tahun saya bertugas di JHEOA sebagai pembantu perubatan. Selepas bersara dilantik pula menjadi Ketua UMNO Cawangan dan selaku batin yang menetap hampir 40 tahun di Gombak saya bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di sini. Apa yang boleh saya katakan pengaruh sebagai batin meliputi hingga ke kawasan hospital Orang Asli di Batu 12, Gombak. Hubungan kami boleh diibaratkan jika hujan di kawasan hospital, Kampung Bukit Kala yang pertama menerima tempiasnya. kalau banjir kami mendapat lumpurnya, jika tsunami melanda kamilah mangsanya.

Apa yang boleh saya rumuskan, konflik dalam pentadbiran Hospital JHEOA pada Julai lalu adalah berpunca daripada seorang doktor kerturunan India, Dr Shelba a/p Pelai yang baru ditukarkan dari Sabah. Agak mengagumkan dalam tempoh beberapa bulan berkhimat di hospital ini dia bersungguh-sungguh mengumpul dan mencari segala kelemahan yang dilakukan pegawai serta kakitangan JHEOA. Sasaran utama kepada mereka yang meragui dan tidak mahu berkrompomi memenuhi agendanya untuk menghasut Orang Asli Batu 12 Gombak bangkit berjuang kononnya untuk menuntut hak sebagai peribumi.

Apakah itu termasuk tugas seorang doktor? Kita boleh lagi bertolak ansur jika kakitangan awam yang selama ini mengaut segala rezeki kerajaan tetapi memangkah pembangkang ketika pilihan raya atas alasan undi adalah hak individu. Namun apakah kita masih boleh berdiam diri jika ‘orang kerajaan’ seperti doktor terbabit menjadi tali barut pembangkang dan aktif mengikis kepercayaan secara terang-terangan terhadap kerajaan di kalangan Orang Asli? Labih daripada itu dia turut memecah-belahkan perpaduan yang dipertahankan masyarakat Orang Asli sejak sekian lama dan mencemarkan imej mereka.

Untuk pengetahuan pihak tuan, rentetan musibah didalangi Dr Shelba bermula pada 12 April 2009, jam 9 malam apabila saya bersama 2 orang sahabat yang juga pesara JHEOA iaitu Apok Bin Akong dan Bah lin Bin Didak dijemput ke sebuah restoran di Bandar Seri Gombak bagi membincangkan masalah Orang Asli. Pada perjumpaan itu doktor berkenaan cuba mempengaruhi kami supaya memberi maklumat pentadbiran JHEOA. Saya yang sudah dapat menghidu niat jahatnya menganggap tindakan itu sebagai menghasut dan bermotifkan politik pembangkang. Sebenarnya segala kandungan aduan yang dikemukakan doktor itu adalah seperti yang diperkatakan pada perjumpaan tersebut.

Isu Orang Asli dipaksa memeluk Islam
Isu Orang Asli dipaksa memeluk Islam oleh kakitangan JHEOA di bawah pentadbiran Doktor Saayah adalah tidak benar. Pegawai dan kakitangan terbabit menyampaikan syiar Islam kepada masyarakat Orang Asli di luar waktu tugas hakiki mereka. Kebanyakan Orang Asli menerima Islam secara suka rela selepas mendengar penerangan mengenai agama ini daripada pegawai terbabit.



Pada 21 Januari 2008 saya termasuk keluarga dan masyarakat Orang Asli seramai 15 orang memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Kami tidak dipaksa mana-mana pihak. Seramai 250 Orang Asli yang telah menjadi saudara baru terdahulu dari saya di kampung ini, tidak pernah mengadu kepada saya mereka dipaksa, malah sepanjang tahun lalu 28 orang menemui saya menyatakan hasrat untuk disyahadahkan.

Gek Bin Bachik ialah Orang Asli menurunkankan tanda tangan pada surat aduan seperti yang telah diedarkan. Malangnya beliau menandatangani  surat tanpa mengetahui kandungannya. Tindakan ini jelas dilakukan pihak yang mahu memanipulasikan kedaifan Gek untuk menipu dan menghasutnya supaya menurunkan tanda tangan.

Dakwaan memburukkan hospital
Dakwaan Hospital Orang Asli Batu 12, Gombak lebih mengutamakan orang luar tidak benar. Mereka hanya mengambil ubat sebagai pesakit luar, manakala semua pesakit yang menerima rawatan di wad ialah masyarakat Orang Asli. Penduduk bukan Orang Asli berhampiran hospital lebih kurang 20,000 orang. Manakala penghuni Orang Asli hanya 3,500 orang, oleh itu, pengambilan ubat oleh orang luar sudah pasti lebih berbanding Orang Asli.

Tuduhan kehabisan ubat juga tidak berasas kerana kemungkinan hanya satu atau dua ubat habis pada satu-satu masa. Namun ia tidak dibiarkan berlarutan oleh kakitangan hospital yang segera menangani masalah ini.

Pengadu juga menyebarkan dakyah kononnya doktor di Hospital JHEOA Batu 12, Gombak tersalah memberi ubat sehingga menyebabkan beberapa Orang Asli maut. Sepanjang hayat saya bertugas di Hospital JHEOA dan berpuluh tahun tinggal di Bukit Kala, tidak pernah penduduk mengadu keluarga mereka maut kerana doktor di hospital tersalah memberi ubat. Jika benar berlaku seperti dilaporkan, buat masa ini belum ada bukti kukuh yang boleh dipercayai. Justeru, saya beranggapan kes yang dilapor dan dibangkitkan adalah rekaan semata-mata untuk mengubati kekecewaan individu atau badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membakar pemikiran masyarakat Orang Asli agar bangkit menentang kerajaan.

Masyarakat kami yang banyak dibantu tidak terlintas untuk menentang JHEOA dan kerajaan. Dewasa ini semakin banyak NGO yang kian tersepit mencari sokongan dengan menghasut dan meracuni fikiran rakyat . Kegagalan dalam pelbagai cara mempengaruhi rakyat menyebabkan mereka beralih arah untuk memperkudakan Orang Asli bagi memenuhi aspirasi politik pembangkang. Kesimpulannya, usaha NGO itu menjadi percaturan politik pihak tertentu untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

CADANGAN
Dengan keadaan politik yang tidak menentu sekarang dan sebelum pihak tidak bertanggungajawab ini lebih berani menghasut Orang Asli di Semenanjung, saya cadangkan kepada kerajaan supaya dapat menubuhkan jawatankuasa pemantauan dianggotai masyarakat Orang Asli pada peringkat Pusat, sekali gus menjadi ketua perhubungan peringkat negeri. Mereka seterusnya akan membentuk jawatankuasa pemantau di negeri bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli tidak berpaling tadah kepada pembangkang.

Menerusi badan ini kerajaan boleh menyediakan kemudahan atau peruntukan secukupnya supaya mereka segera turun padang menyampaikan segala maklumat ke perkampungan Orang Asli di luar Bandar dan pedalaman untuk meraih sokongan kepada calon Barisan Nasional. Badan pemantau ini menggunakan pendekatan budaya masyarakat itu sendiri seperti peranan yang telah mereka lakukan untuk membendung kegaiatan PKM.

Tanpa badan pemantau ini saya percayai lebih ramai pengundi Orang Asli menyokong pembangkang kerana mudah terpengaruh dengan taktik dan muslihat mereka. Budaya pengundi penentu dan setia yang telah dilatih kepada Orang Asli akan terhapus.

Tujuan utama penubuhan jawatankuasa pemantauan Orang Asli ini untuk membantu kemenangan calon BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

ULASAN RINGKAS
Dianggarkan kurang 150,000 Orang Asli terdapat di Semenanjung dan tidak sampai 5 peratus yang berpendidikan tinggi menyebabkan terlalu mustahil untuk mencetuskan bantahan terhadap JHEOA mahu pun kerajaan

Masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang terdiri daripada 18 suku kaum terkenal dengan berakhlak mulia. Meraka tidak akan menjaja rasa tidak puas hati di jalanan seperti dilakukan kaum lain. Segala masalah mereka diselesaikan secara muafakat dengan batin, satu sistem kemasyarakatan yang dipertahankan sejak dulu. Jika masyarakat ini bertindak di luar kebiasaan, maka ia sudah pasti didalangi serta diperdayakan pihak berkempetingan

Saya berharap kerajaan segera bertindak mencegah Orang Asli menjadi mainan politik individu yang berkepentingan dan NGO propembangkang yang pasti merugikan masa depan masyarakat ini. Sebagai peribumi sudah tentu Orang Asli tidak mahu menggadai hak dan tanah air di tangan pihak yang kemaruk kuasa. Pihak tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan Orang Asli sebagai undi penentu dengan apa cara sekali pun untuk memenangi pilihan raya akan datang. Gerakkan segala jentera bagi memastikan kesetiaan Orang Asli terhadap BN kerana hanya parti ini yang mampu memperjuangkan nasib mereka. Menerusi kaedah ‘menang-menang’ Orang Asli tetap berdiri teguh di belakang kerajaan BN.

RENUNGAN
Tercetus perhimpunan di pekarangan hospital JHEOA Gombak baru –baru ini telah mencemarkan budaya permaufakatan masyarakat Orang Asli. Apa yang di kesalkan ada Orang Asli yang berpendidikan dan berpengaruh turut bekerjasama menjadi dalang menghasut hanya disebabkan kecewa kerana tidak dicalonkan dalam jawatan tertinggi dalam pentadbiran Orang Asli

Lebih menyedihkan Pesatuan Orang Asli Semenanjung Malasyia (POASM) yang sepatut memperjuangkan masa depan 18 suku kaum telah dikuasai oleh kumpulan etnik tertentu. Mereka sanggup menggubal perlembagaan pesatuan demi berkepentingan kuasa menjadi presiden seumur hidup. Tindakan ini menyebabkan rasa tidak puas hati suku kaum lain. Ada berita mengatakan sejak akhir –akhir ini Jaringan Orang Asli Sabah, Sarawak dan Semenanjung (JOAS) telah menjalin kerjasama rundingan ,jika benar apa yang dikatakan matlamat POASM telah jauh menyimpang dari dasar yang sebenar.

SEKIAN TERIMA KASIH
DEMI INSAN DAN MANUSIA


(Hussein Bin Ngah Yin)
Ketua Masyarakat Orang Asli
Merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kala
Batu 12 Gombak

YANG BAIK ITU ANDA YANG BURUK ITU KAMI

Begitulah perkara sebenarnya , mereka ini sebenarnya buta sejarah, kalau di tanya?, mereka sendiri pun tak tak tahu asal-usul dari mana datangnya masyarakat Orang Asli di Gombak ini, tapi malang SUHAKAM lebih mengenali dan mempercayai mereka dari masyarakat Orang Asli sendiri,

pernah aku terbaca tulisan seorang pujangga , katanya ?.. lebih elok kita bersifat kurang pandai dari menjadi orang yang terlebih pandai , sebab orang yang terlalu pandai menterjemahkan kebodohanya, ia tetap mempertahan bahawa dirinya itu tetap pandai..

agenda sebenarnya mereka ini takut sekiranya Orang Asli ini menjadi melayu tulin sebagai umat Islam , nanti susah bagi mereka mencari pengaruh dalam aliran politik songsang mereka ?....dan payah  nanti pasukan penyebar ajaran kristian  hendak menapak di kawasan Batu 12 Gombak ini. serta kawasan perkampungan Orang Asli di pendalaman yang sewaktu dengan nya .

Itupun pihak berkuasa golongan Islam baka dari serumpun melayu ini masih lagi buta membaca pergerakan mereka . pelik.... jugaaa..? makan gaji buta ke apa!...

sejarah telah membuktikan bahawa wujudnya Orang Asli di Batu 12 Gombak ini adalah atas kehendak Kerajaan untuk menawan hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan melalui JHEOA bersama tenaga kebajikan 360 belia Orang Asli sebagai hulubalangnya.

Pengambilan alih pengurusan Hospital Orang Asli oleh pihak KKM akan menyebabkan peluang pekerjaan yang diwarisi turun - temurun yang di ilhamkan oleh kerajaan pada awal 1950 sehingga hari ini , akan pupus di mamah masa ke semasa tampa kita sedari?.. segala hal ehwal serta kebajikan akan terabai hilang bersama warisan sejarah perngorbanan 360 belia terawal Orang Asli sebagai bekas kakitangan pembantu perubatan yang pernah berkhimad di bawah payung pentadbiran JHEOA seketika dulu.

Mereka kini kecewa dan terhina, jasa mereka langsung tak dikenang oleh pihak kerajaan.. Sedangkan semasa di dalam pentadbiran JHEOA pun pesara ini terlepas perhatian dan di abaikan ,kini kan pula di bawah pengurusan KKM  yang tiada kepakaran dalam hal ehwal Orang Asli.

tak mustahil di masa akan datang tanah yang hendak di perjuangkan oleh 18 suku kaum penduduk kampung Orang Asli di Batu 12 Gombak ini. akan diambil Orang yang ada berkepentingan dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengan nya.......

Inilah di katakan nasib masyarakat peribumi yang diistilahkan sebagai Orang Asli , Akhirnya di suruh mengemis di bumi sendiri....

Kita jangan sekadar mendengar untuk kepastian, tapi datang lah ke Gombak ini ,anda akan  dapat melihat gambaran dan kisah sebenar kehidupan  Orang Asli. 

Assalam Mualaikum dan Salam Sejahtera  dengan keizinanya kita akan berutusan lagi  dalam kisah perjuangan tuntututan hak milik tanah masyarakat orang asli ....By.by..

*********************************************************************************

No comments:

Post a Comment