jerben orang asli
Mengisahkan Orang Asli terutama di Gombak
Wednesday, December 7, 2016
Thursday, December 5, 2013
Friday, May 17, 2013
Monday, November 19, 2012
PUSAT PEMULIHAN ISLAM

Encik Hussein bin Ngahyin, Ketua Masyarakat Orang Asli, Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak
menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.
Menurut pengkaji sejarah, Kepulauan Melayu mula diduduki oleh
manusia yang dipanggil Austronesian atau
Melayo - Polynesia sekitar 5,000 tahun
dahulu, mereka ini dikatakan
berasal dari selatan China (Yunan) dan Taiwan. Bermula di Filipina menganjur ke pulau -pulau sehingga ke penghujung tanah besar asia, pulau - pulau Pasifik hingga
ke Madagascar
Masyarakat Peribumi yang terdapat di Tanah Semenanjung Malaysia terbahagi
kepada tiga kumpulan Melayu Proto, Senoi
dan Negrito terhimpun 18 suku kaum bergelar sebagai Masyarakat Orang Asli
Kepercayaan
Mengamalkan ekspet Magis dan Ritual kepercayaan terhadap alam gaib , roh-roh,
penunggu dan pengaruh agama hindu melahirkan kewujudan budaya mitos pantang
larang berhubung dengan kuasa-kuasa
halus menjadi pegangngan dan kepercayaan utama dalam kehidupan harian
masyarakat ini..
Fitrah Manusia
Fitrah atau sifat semula jadi manusia ialah
mempercayai adanya tenaga ghaib, sama ada perkara ini diajarkan kepadanya atau
tidak.
Namun manusia belum merasa puas kalau hanya sampai disini sahaja, kerana
pada suatu ketika manusia memerlukan perlindungan bagi dirinya sendiri,
sehingga menimbulkan hasrat atau keinginan untuk mengajukan permohonan atau
doa, pada peringkat ini manusia mulai memerlukan tenaga gaib, yang tidak dapat
diraba atau dirasai oleh panca indera
manusia.
Oleh yang demikian dalam kebudayaan- kebudayaan yang kuno ( primitif),
setiap sesuatu yang tidak dapat difahaminya tetang sebab dan akibat yang belum
dikenalnya, maka persoalan itu akan diserahkannya kepada yang gaib. Akhirnya
dia yakin kehidupan dalam alam raya ini dipenuhi dengan yang gaib.
Selanjutnya pakar ilmu jiwa dan ilmu masyarakat mengatakan bahawa manusia
adalah satu makhluk yang dikurniakan kemampuan dan kecenderungan untuk mempunyai
kepercayaan kepada yang gaib. Manusia adalah suatu makhluk yang sentiasa
mencari kekuatan diluar dirinya. Adakalanya hal ini dilakukan dengan penuh
keyakinan dan kepercayaan kepada kekuatan benda-benda ( animisme ), seperti
cicin atau batu- batuan dikatakan mempunyai kekuatan, azimat-azimat, keramat
kubur, tangkal menangkal,dan lain-lain kepercayaan kepada kekuatan benda – benda, yang kalau di
tinjau dari pandangan Islam, semua perbuatan itu adalah termasuk tahyul dan
kurafat
Jelas bagi kita, dengan senjata akal saja, manusia tidak akan mampu untuk
menyelami hakikat Tuhan itu dengan sebenarnya, sama ada tetang wujud-Nya ,
Af’al-Nya, Zat-Nya, kecuali dengan bimbingan tenaga gaib Yang Maha Agung, iaitu
Allah S.W.T
Maka untuk sampainya manusia kepada
mengimami serta mengetauhi kedudukan tenaga gaib ( Allah ) itu, manusia perlu
beragama dan berpengetauhuan, kerana hanya melalui agama dan pengetauhuan
sajalah menusia mampu menyingkap tabir rahsia yang selama ini terselubung dalam
pergolakan akal dan fikiran tentang kepercayaan itu.
Selain daripada itu, manusia juga dikurniai hawa dan nafsu oleh Allah Yang
Maha Pemurah, untuk mempertahankan hidup dan kehidupannya. Bagaimanapun, hawa
dan nafsu yang tidak terkendali akan menjerumuskan manusia ke lembah kemungkaran,
hawa dan nafsu sering menjatuhkan martabat manusia yang mulia itu ke lembah
kehinaan, adakalanya seperti haiwan, bahkan kekadang lebih jahat daripada
haiwan.
Untuk mengendalikan nafsu itu, Allah menurunkan tuntunan-Nya kepada manusia
melalui hamba dan Rasul yang sengaja diutus-Nya untuk meyelamatkan manusia.
Tuntunan Allah inilah yang kita namakan dengan agama atau ”al – Din”. Oleh yang
demikian , manusia itu perlu kepada agama untuk membentengi dirinya daripada
godaan nafsu, untuk meyelamatkan dirinya di dunia dan akhirat

SYIAR ISLAM
Masyarakat Orang
Asli 18 suku kaum di tanah semenanjung sudah lama bersedia untuk menerima
Islam. Mereka mempercayai adanya tuhan cuma tidak tahu bagaimana hendak menyembah tuhan.
Mereka juga tahu
pasal dosa dan sejak dari dulu sehingga sekarang mereka tak pernah meyembah
berhala dan sebagainya. Mereka hanya berpegang kuat pada pengaruh adat dan
budaya. Bersifat pemalu, merendah diri
serta patuh pada arahan ketua Masyarakat atau Ketua adat ( Batin )

Kaji selidik masyarakat islam Orang Asli hampir 90 % dari 45 ribu masyarakat islam
atau saudara baru orang asli tidak mendapat pendidikan islam yang sempurna.
Oleh kerana Gombak merupakan
pusat pentadbiran JHEOA yang terawal dan tertua di Semenanjug Malaysia serta
menjadi pusat hal ehwal kebajikan tebesar dengan terdapatnya sebuah hospital
dan Muzium kebanggaan Orang Asli.
Demi insan dan manusia kami saudara baru masyarakat islam Orang Asli seluruh semenanjung, sangat mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa kerajaan persekutuan Malaysia, agar dapat memperhalusi kermurnian cadangan untuk mewujudkan sebuah pusat pemulihan, kebajikan dan kefahaman islam masyarakat Orang Asli semenanjung Malaysia dapat didirikan di sekitar kawasan tanah rizab hutan Batu 12 Gombak
Bersama doa dengan seribu harapan semoga tanah penempatan Orang Asli Bukit Kala Batu12 Gombak dapat
pembelaan dan tindakan sewajarnya dari
pihak kerajaan BN di bawah kepimpinan YAB. Dato’ Seri Najib Bin
Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri
Malaysia Sekian.
Wednesday, April 18, 2012
TUNTUTAN TANAH ORANG ASLI YANG SENTIASA DI ABAIKAN
SELAMAT MENGUNDI BUAT PEMBACA YANG BUDIMAN
Tapak ini amat
sesuai untuk di bangunkan sebagai tapak
penempatan program Homestay boleh
dikatakan separuh dari aktiviti harian orang asli tertumpu di sini, hasil pertanian dan khazanah hutan
merupakan budaya ekonomi turun termurun nenek moyang masyarakat orang asli ..
Kerja-kerja pertukangan terdiri dari tenaga mahir Orang asli pandai tukang(tukang kayu) dengan senibina tradisioanal menggunakan 75% bahan hutan anggaran keseluruhan RM500.000. Ribu.
BANTUAN KERAJAAN
Modal permulaan untuk membagunkan
penempatan yang tersusun dengan medirikan kemudahan rumah tradisional yang
dilengkapi dengan kemudahan asas
merupakan tajuk utama untuk menjayakan program ini, oleh yang demikian
kami warga kerja di Biro Kebudayaan JKKP bersama UMNO cawangan telah pun
mengajukan permohanan bantuan kerjasama dari Majlis Tindakan Pelancongan Negeri
Selangor (MTPN) supaya dapat membantu menyalurkan peruntukan bagi pembiayaan
kerja-kerja pembangunan agar program ini
dapat disegerakan, dan hasilnya seperti berikut:
Begitulah kesudahan ceritannya. Namun sehinggalah kini, tiada sebarang usaha atau tindakan pun yang dijalankan. Janji hanya tinggal janji, sehinggakan ada sesetengah masyarakat kami membuat andaian dan istilah tersendiri. Bahawa janji adalah senjata manis ahli politik zaman kini, sebagai daya useha tarikan untuk mendapakan publisiti untuk kepentingan peribadi, meraih undi.
JERITAN BATIN KU HUSEEIN NGAH YIN
PERANCANGAN KE -2
KITA SAMBUNG DI LAIN WAKTU YANG MENDATANG DAN SALAM AKU BUAT PEMBACA YANG BUDIMAN JUMPA LAGI..........
*********************************************************************************
CERITA DI KEDAI KOPI
Sememangnya telah menjadi budaya masyarakat Malaysia tak kira kaum, Bila dekatnya saat pilihanraya
berbagai isu hangat akan diperdebatkan dalam cerita di
warong kopi. namun di penghujung
perbualan mereka selalunya tiada penyelesaian sering saja bercanggah
pendapat dan akhirnya perang saraf pun berlaku bertikam lidah sesama sendiri...
Yang untungnya adalah peniaga warong tak henti – henti asyik mebancuh teh dan kopi kerana deman pilihanraya telah kembali, pelanggan akan bertambah di luar
kebiasaan terutama di hujung minggu, kekadang kedai terpaksa di buka sehingga larut hari disebabkan hujah pelanggan terlalu
panjang tiada noktah nak behenti .
Begitulah karenahnya manusia yang kemaruk berpolitik. Politik mereka bermusim bila adanya pilihanraya,
kadang kala cerita mereka lebih hebat lagi mengalahkan calon parti.
Namun dalam apa-apa pun situasi. Orang Asli sejak awal lagi telah mengatur srategi, program gelombang biru telah
menjadi bukti, bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kesetiaannya pengundi Orang Asli terhadap parti…
CERITA CALON PARTI
Sememangnya sejak dari dulu lagi di zaman pemerintahan UMNO dari zaman Dato’ Kaharudin, Datin Rakibah, berubah pula kerusi kepada PAS untuk Ismail Kamus, diambil kembali UMNO oleh Utz. Yusairi dan akhirnya kerusi berpihak kepada PAS dengan kekalahan 4-0 UMNO kepada Pakatan Rakyat bersama gandingan kekuatan 2 tunjang "tongkat Ali" Azmin dan Hasan Ali. Begitulah bertapa hebatanya gelombang politik Orang Melayu di bumi Gombak ini.
Sememangnya sejak dari dulu lagi di zaman pemerintahan UMNO dari zaman Dato’ Kaharudin, Datin Rakibah, berubah pula kerusi kepada PAS untuk Ismail Kamus, diambil kembali UMNO oleh Utz. Yusairi dan akhirnya kerusi berpihak kepada PAS dengan kekalahan 4-0 UMNO kepada Pakatan Rakyat bersama gandingan kekuatan 2 tunjang "tongkat Ali" Azmin dan Hasan Ali. Begitulah bertapa hebatanya gelombang politik Orang Melayu di bumi Gombak ini.
Setiap kali pilihanraya. Janji menjadi agenda utama dalam kempen calon parti, kadang-
kala sampai bercanggah dengan manifesto
yang diputuskan dalam jentera parti. Hanya disebabkan
situasi agak meruncing dalam perebutan kerusi , akhirnya janji simpati pun ditaburkan untuk
meraih undi tertunai nya belum pasti. Jadi?, sampai berkudislah janji ...
Harap-harap di PRU 13 nanti, kejadian
yang serupa tak akan berulang lagi kerana janji ibarat racun memakan diri
sendiri. Rakyat telah celik politik terkini mereka mahukan pembaharuan serta
ketulusan kepimpinan parti terutama dalam peringkat UMNO Bahagian di negeri Selangor ini. Apa yang
paling… kita takutkan nanti, kekalahan
lama terluka kembali pembakang terus berkuasa Orang UMNO masih becermin mimpi.
KESETIAAN ORANG PARTI
UMNO walaupun menjadi ketuanan dan keistimewaan kepada Orang Melayu yang bergelar kaum bumiputra, Tidak semestinya mereka ini setia pada parti UMNO berbanding ahli UMNO di kalangan rumpun melayu masyarakat Orang Asli, kesetiaan meraka jauh lebih baik dan jitu walaupun sering... di anak tiri.
Kekalahan UMNO di Gombak pada pilihan raya yang lalu adalah disebabkan oleh undi tidak percaya yang datangnya dari kalangan pengundi majoriti yang dibarisi Orang Melayu sendiri, Sebilangan besar nya dulu adalah ahli UMNO kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti sebab kepentingan mereka tak dilayani, lalu beralihlah mereka mencari keadilan demi untuk kepentingan dan ada yang merajuk sampai ke bulan kononnya nak cari pedoman....
UMNO walaupun menjadi ketuanan dan keistimewaan kepada Orang Melayu yang bergelar kaum bumiputra, Tidak semestinya mereka ini setia pada parti UMNO berbanding ahli UMNO di kalangan rumpun melayu masyarakat Orang Asli, kesetiaan meraka jauh lebih baik dan jitu walaupun sering... di anak tiri.
Kekalahan UMNO di Gombak pada pilihan raya yang lalu adalah disebabkan oleh undi tidak percaya yang datangnya dari kalangan pengundi majoriti yang dibarisi Orang Melayu sendiri, Sebilangan besar nya dulu adalah ahli UMNO kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti sebab kepentingan mereka tak dilayani, lalu beralihlah mereka mencari keadilan demi untuk kepentingan dan ada yang merajuk sampai ke bulan kononnya nak cari pedoman....
Sudah dua kali tumbangnya UMNO di bumi Gombak Setia ini. Jujur dalam pemerhatian masih tiada lagi pembaharuan atau perubahan sikap yang dianggap ketara dalam perjuangan UMNO, terutamanya dibahagian Gombak ini, perjuangan mencari kerusi yang lebih selesa melebihi dari perjuangan untuk mendekatkan UMNO bertahta di hati rakyat.
KESETIAAN ORANG ASLI
Perjuangan mereka dalam perbagai isu sering di anak tirikan, namun masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak
tetap membuktikan kesetiaan mereka kepada parti UMNO dan Kerajaan Barisan
Nasional (BN), walaupun berada di dalam kelompok kecil sebagai pengundi penentu
di peti undi Batu 9 Gombak, terbukti mereka berjaya membawa kemenangan undi mejoriti kepada UMNO calon BN.
UMNO Cawangan Bukit Kala Batu 12 Gombak merupakan sebuah cawangan
yang 99%
ahlinya adalah masyarakat Orang Asli diwakili berbilang suku kaum bergelar masyarakat pribumi.
Mereka tergolong dalam suku sakat rumpun melayu di bumi Gombak ini.
Boleh dikatakan masyarakat ini telah terpencil atau sememangnya sengaja
dipencilkan, kerana majoritinya tidak begitu besar mengakibatkan masyarakat ini sering terlepas dari pandangan kerajaan. Jika dibandingkan layanan yang agak istimewa diberikan oleh kerajaan kepada
tuntutan masyarakat pendatang seperti Orang Cina dan India. Mungkin disebabkan bilangan mereka ini besar
sebagai pengundi penentu dan pada ketika ini mereka sedang bertepuk tangan melihat
sinario perpecahan politik Orang Melayu
yang sedang bergolak sesama sendiri,
Sehinggakan mereka ini berani menuntut keistimewaan lebih dari rumpun
melayu, seperti hak pegangan tanah 999 tahun sebagai hak milik mereka, Sememangnya ramai dari permahati politik dan cediakawan mengatakan tuntutan mereka ini langsung
tak masuk di akal. Tapi ? jika diambil kira dalam faktor gelombang politik mereka, serta kuasa kekuatan parti pembakang yang dimonopoli DAP di
Perak seketika dulu, Tak mustahil ianya
boleh berlaku dan berpihak kepada tuntutan pejuangan mereka.
TUNTUTAN HAK MILIK TANAH ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK
Tapi lain ceritanya di Gombak ini, tanah yang telah teroka dan sepatutnya menjadi hak milik Orang Asli, di ambil sewenangnya oleh golongan kaum elit di kalangan orang melayu serumpun sendiri. Pengaruh mereka sememangnya BESAR.... sehingga ke
peringkat menteri pun besar .
Tanah di sekeling pinggiran Batu 12
Gombak, yang dulunya dikenali sebagai kawasan rayau Orang Asli, dari Mimaland
sehingga Alang Sendayu, sudah sekian lama dicuri menjadi tanah hak milik suku kaum melayu elit
ini. Sedangkan sudah berpuluh tahun Orang Asli bersusah payah meneroka tanah
rayau tersebut, yang peliknya,,?senang.. pulak kaum elit ini merampas dan mendapatkan kelulusan tanah menjadi hak milik sendiri.
Orang Asli?,,, Sejak dari kurun dari tahun 60an sehingga kini 2012. Permohonan mereka langsung tak pernah di layan oleh pihak
berkuasa tempatan, boleh dikatakan berkuasa hanya untuk mereka memperluaskan kempentingan, bersama pengaruh serta kekuatan golongan – golongan mereka
yang berkedudukan . Demi rumpun melayu, orang asli terpaksa akur bertemakan ” Jiwa teguh bersatu,”
” kita rumpun melayu.”
” kita rumpun melayu.”
Minoriti Terpinggir
Menyebut tentang status dan hak bumiputra dalam rumpun melayu, tumpuan sering diberikan kepada hak dan
kedudukan pada Orang Melayu serta sukuan etnik di Sabah dan Sarawak. Namun tampa
kita disedari, masih ada lagi kaum berstatus bumiputra dalam rumpun melayu ini, di kastakan rendah iaitu Orang Asli.
Masyarakat Orang Asli kurang mendapat pembelaan dalam kebanyakan perbincangan
di semua peringkat , memang tidak dinafikan ada wakil Senator Orang Asli di Dewan
Rakyat, tapi sayang suaranya agak terkunci sebab disekat, harus melalui menteri menapis maklumat , jangan sampai kedengaran di Dewan Rakyat.
Kalau ada pun mereka hanya di beri perhatian di kalangan pemimpin dalam
tajuk utama media sahaja, ketika menjelangnya bahang pilihanraya. Status Orang Asli
dalam kedudukan bumiputra masih lagi tidak
jelas dari sudut pemberian dan perbezaan
hak milik tanah antara rizab melayu dan rizab orang asli.
Dengan beralasan ''kalau diberi nanti tanah akan dijual oleh orang asli '' mungkin
mereka tidak mengetauhi atau merujuk dalam akta 134 Orang Asli. Bahawa tanah adat yang
dirizabkan kepada orang asli, diberi secara kelompok, berbentuk permit dan tiada bergeran pegangan hak milik, tak ada siapa yang berani nak beli. Itulah keistimewaan yang ketara
antara rizab melayu dan rizab orang asli. Ketentuan nya telah termaktub dalam buku nasib masyarakat pribumi . Jadi, mengemislah mereka dibumi Gombak ini.
Permohonan Tanah Orang Asli Batu 12
Gombak
Bermula dari 360 belia Orang Asli
yang mula-mula mengasaskan perkampungan ini, pada tahun1956 sehingga kini 2008.
Penduduknya telah bertambah kepada 3,500
orang dan mempunyai 550 keluarga, dengan keluasan tanah yang tidak sampai 10 ekar, telah
menyebabkan penempatan kampung Orang Asli Bukit Kala menjadi terlalu sempit, tidak teratur, padat dan tiada tempat untuk di huni.
Pada tahun 1974 sehingga 1984, berlaku pembalakan besar-besaran di tanah rizab
hutan Ulu Gombak Bukit Kala. Pencorobohan menyebabkan kemusnahan besar khazanah tumbuhan hutan, dari kesempatan itu,
masyarakat Orang Asli Gombak yang terdiri dari berbilang suku kaum, mula
menerokai dengan bercucuk tanam di tanah hutan tercemar tersebut, dengan anggaran keluasan ketika itu 550 ekar. Pada
tahun 1990, semakin luas penerokaan nya hampir kapada 1,500 ekar .
Kini segala tanaman yang diusahakan
telah pun mengeluarkan hasil seperti buah-buahan tempatan, ulam-ulaman,
herba , rempah ratus sambil mengekalkan pelbagai tumbuhan semula jadi hutan
seperti buloh dan rotan, yang merupakan
salah satu hasil pendapatan turun temurun nenek moyang Orang Asli.
Dengan kesempatan itu, komuniti jawatankuasa penduduk Orang Asli ketika itu,
telah memanjangkan permohonan untuk menuntut tanah tersebut supaya diwartakan
sebagai tanah rizab Orang Asli, namun tak pernah diambil peduli langsung oleh pihak JHEOA yang kononnya di katakan pembela hal
ehwal kebajikan orang asli di bumi semenanjung ini...
Jesteru, pada 4 Disember 2006. Kerjasama JKKK
sektor ketika itu dengan UMNO cawangan, telah pun memajukan satu lagi kertas permohonan, untuk menunutut tanah Kerajaan rizab hutan Ulu
Gombak, dalam kopakman 1.9 dan 14. Di rizab kan sebagai tanah hak milik
penempatan Orang Asli. Melalui saluran Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Selangor, dengan kekuatan UMNO Bahagian Gombak, bersama ketulusan Pentadbir Tanah Daerah Gombak untuk dibawa ke peringkat kelulusan Kerajaan
Negeri Selangor.
Dengan kekuatan janji sokongan permohonan yang datangnya dari JHEOA
Malaysia, Ahli Parlimen Gombak, bersama ADUN Gombak Setia, Kementerian Kesenian Warisan (KEKWA) , beserta
Kekuatan. Ketua UMNO Bahagian Gombak selaku Exco Negeri Selangor ketika itu.
Di atas kertas mungkin tidak ada masaalah untuk mendapatkan kelulusan.di
peringkat atasan dalam mesyuarat Exco Negeri Selangor , tetapi itu hanyalah andaian. Kerana tiada satu pun maklum balas yang
kami terima dari pihak yang berkenaan sehinggalah kini... Negeri Selangor pun dah bertukar kerajaan, di peringkat masyarakat
kami, ia terlalu mendukacitakan, dan tertanya mengapa masyarakat ini sering di
anak tirikan, cuma berkepengtingan semasa ada pemilihan. Situasi ini telah
meyebabkan segala perancangan pembangunan ekonomi yang dirancang oleh Pak.
Hussein bersama anak - anak buahnya di dalam AJK 3 sayap JKKP , UMNO caw.
dan Belia 4B, tak dapat kami teruskan.
Perancangan Utama, Cetusan Dari
Batin Ku, Hussein Bin Ngah Yin
MEMBANGUNKAN BUKIT KALA
SEBAGAI TAPAK WARISAN TARIKAN
PELANCONGAN HOMESTAY KAMPUNG TRADISI ORANG ASLI
1 MALAYSIA
Segala persediaan dan perancangan
untuk membangunkan program
pelancongan Homestay ini telah pun dirancang lebih awal oleh JKKK Sektor
ketika itu, dengan menubuhkan Biro
Kebudayaan dan kesenian sebagai warga
kerja yang di beri tanggungjawab untuk menjalankan segala aktiviti hal ehwal
warisan budaya dan kesenian Orang Asli
sebagai sumber daya tarikan pelancong . JKKK juga telah pun menyediakan sebuah
tapak untuk dibangunkan sebagai pusat
penempatan pelancongan Homestay dengan
menyediakan kemudahan yang lebih terancang dan teratur dengan suasana alam
semulajadi hutan sambil mengekalkan konsep budaya tradisional kehidupan
harian Masyarakat Orang Asli .
Dengan kerja sama Tuorism Malaysia di peringkat awal, Biro kebudayaan telah
menghantar seramai 11 peserta dari 30
orang peserta, terdiri dari penduduk kampung
yang telah memohon untuk
mengikuti kurusus asas Homestay di Dewan PWTC, Perangsang Templer Rawang.
Susulan dari itu pada 17 Ogos 2008 lalu Biro kebudayaan juga telah mengadakan
mesyuarat dan perjumpaan bersama peserta berkenaan dan hasilnya mereka
bersetuju untuk mewujudkan Program Homestay ini secepat yang mungkin, dengan
bercirikan rumah tradisional Orang Asli yang sebenar.
Segala urusan hal ehwal kemudahan , keselamatan dan kemasukan pelancong
Homestay ke Bukit Kala akan berurusan
melalui Biro Kebudayaan dan
kesenian JKKP sebagai jawatan kuasa kerja yang bertanggungjawab mentadbir semua
pengurusan program dan aktiviti termasuk pengagihan penglibatan keluarga
(peserta) secara adil mengikut giliran, dan dengan menaruh harapan yang tinggi supaya projek
pembinaan seperti yang di cadang dapat disegerakan
![]() |
TAPAK CADANGAN HOMESTAY |
![]() |
Menyedari hakikat ini , untuk
membangunkan kawasan yang telah dicadangkan
ianya memerlukan kos yang terlalu tinggi buat kami orang asli, projek ini
terpaksa kami tangguhkan. Pada ketika ini telah terdapat beberapa kemudahan
rumah tradisional yang didirikan perlu diselenggara semula, dengan membina beberapa buah lagi
rumah baru bersama kemudahan asas demi
untuk keselesaan menerima kedatangan
pelancong di dalam dan diluar negeri.
DAYA TARIKAN PELANCONGAN
HOMESTAY
1
Kedudukanya behampiran Bandaraya Kuala Lumpur.
2
Terdapat sebuah Muzium dan Hospital Orang Asli yang berdekatan.
3
Terkumpulnya18 suku kaum di dalam sebuah kampung yang tidak boleh
didapati
di mana-mana penempatan perkampungan Orang
Asli di Semenanjung Malaysia
4 Terhimpun dan kaya dengan pelbagai budaya suku kaum.
5
Sejajar dengan
hasrat dan impian seluruh
Masyarakat Orang Asli Gombak
Bersama mengejar mimpi menjadikan Bukit Kala sebagai pusat Pelancongan
Pertanian kebudayaan dan kesenian
Kampung Tradisi Masyarakat Orang Asli
Semananjung Malaysia.
Pengisian Homestay Aktiviti Tarikan Biro kebudayaan JKKKP Sektor
Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak
1.
Mengenal cara hidup dan amalan budaya Orang
Asli
-
Adat Resam
-
Masakan tradisional
-
Bahasa dan pakaian mengikut suku kaum
-
Budaya pantang larang
-
Pertanian Tradisional dan khazanah hutan
2.
Persembahan kebudayaan
-
Muzik tradisional
- Tarian tradisional
-
Sukan dan permainan tradisional
2.
Demotrasi
Pelbagai Kesenian Tradisional
kraftangan Orang Asli dari 18 Suku
Kaum
4 . Aktiviti Hutan
- Memburu, Jungle Trekking, mencari rotan, menyumpit hasil buruan,
mencari
Herba , memasang pukat dan
pelbagai lagi.
5. Meyediakan perkhimatan pemandu arah
(trekker) aktiviti lasak luar kawasan
seperti:
- Jelajah Hutan taman Negara / Hutan dara Belum /
Endau- Rompin
-
Mendaki
Gunung Tahan dan lain –lain gunung di semenanjung
- Ekspidisi berakit sungai pendalaman di Pahang / Kelantan / Perak
- Memancing Kelah, sungai dan tasik
hutan pandalaman
- Program perkemahan air terjun di pendalaman
hutan
- Ekspidisi
jelajah 4 x 4 dari Sg. Siput perak ke Gua Musang Kelantan
PEMBINAAN KEMUDAHAN
1. Kemudahan penginapan
Mendirikan 20 buah chalet dengan rekabentuk rumah tradisional orang asli
4 unit wakaf istirehat dan kawasan tapak perkemahan boleh menampung 50 buah
perkemahan,
2. Sebuah dewan terbuka serbeguna dengan kemudahan pentas sewang
3. Sebuah geleri kraftangan / kedai cenderahati
4. Pejabat pengurusan dengan kelengkapan kaunter peyambut,ruang tetamu,
5. Kemudahan kafeteria / ruang dapur / peralatan memasak
6. Surau / tandas awam / bekalan tenaga dan air
7. Menyediakan Kemudahan kemah / sliping bag untuk di sewa
** perancangan peringkat ke - 2 membina 4 unit rumah Ran (atas pokok) dan kemudahan sumber tenaga
Mini Hidro
Mini Hidro
Kerja-kerja pertukangan terdiri dari tenaga mahir Orang asli pandai tukang(tukang kayu) dengan senibina tradisioanal menggunakan 75% bahan hutan anggaran keseluruhan RM500.000. Ribu.
BANTUAN KERAJAAN
Keusahawanan program Homestay
merupakan penyumbang sumber
ekonomi yang mampu membawa masyarakat
Orang Asli keluar dari kepompong kemiskinan dengan adanya saluran bantuan
Kerajaan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) melalui Program Keusahawanan Kementerian Luar Bandar
.
Begitulah kesudahan ceritannya. Namun sehinggalah kini, tiada sebarang usaha atau tindakan pun yang dijalankan. Janji hanya tinggal janji, sehinggakan ada sesetengah masyarakat kami membuat andaian dan istilah tersendiri. Bahawa janji adalah senjata manis ahli politik zaman kini, sebagai daya useha tarikan untuk mendapakan publisiti untuk kepentingan peribadi, meraih undi.
JERITAN BATIN KU HUSEEIN NGAH YIN
Amanat beliau, dalam meyuarat Jawatankuasa kerja gabungan 3 sayap Biro kebuyaan Orang Asli Bukit Kala. Kita jangan cepat berputus asa, bukan senang kita nak jadi senang, kalau nak susah
ikut sajalah sendiwara mereka itu, kita kena kerja lebih keras lagi selepas ini, selagi
aku hidup, aku nak lihat orang asli Gombak ini maju dalam segala segi hal ehwal...
Begitulah jiwa seorang pemimpin yang paling aku hormati di bumi Gombak ini.
PERANCANGAN KE -2
CADANGAN MEMBANGUNKAN PUSAT
BIMBINGAN DAN PEMULIHAN ISLAM MAYARAKAT
ORANG ASLI SEMALAYSIA DI BUKIT KALA BATU 12 GOMBAK
KITA SAMBUNG DI LAIN WAKTU YANG MENDATANG DAN SALAM AKU BUAT PEMBACA YANG BUDIMAN JUMPA LAGI..........
*********************************************************************************
Wednesday, April 4, 2012
SEJARAH RUMAH SAKIT ORANG ASLI " DEQ JEKJIK SENOI SEROQ." TELAH PUPUS DALAM INGATAN
Salam buat sidang pembaca budiman,
2012 telah berlakunya detik sejarah apabila Hospital kebanggaan Orang Asli (JHOA) terkini JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) Telah di ambil terus pengurusan nya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
2012 telah berlakunya detik sejarah apabila Hospital kebanggaan Orang Asli (JHOA) terkini JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) Telah di ambil terus pengurusan nya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
Pengambilan kuasa ini hanya disebabkan krisis kecil yang pernah berlaku di Hospital ini pada awal tahun 2010 yang telah dibawa oleh seorang Doktor yang baru tiga bulan ditukarkan dari Sabah bertugas ke Hospital Orang Asli .
Lebih memelikan? mengapa dengan tiba-tiba sahaja beliau terlalu perihatin yang kononnya ingin memperjuangkan nasib Masyarakat Orang Asli.
Inilah sinario atau sendiwara politik, mereka tak kira siapa mangsa , asalkan agenda mereka tercapai , mungkin disebabkan masyarakat Orang Asli ini kecil bilangannya jadi suara mereka tak kedengaran dan tak perlu diambil kira , jika hendak dibandingkan dengan masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India, jika kita renungkan mereka lebih bersatu hati untuk merampas hak keistimewaan orang melayu dan serumpun dengan nya.
Orang melayu atau yang serumpun dengannya masing – masing hendak bersaing dalam dunia glamor dan kuasa terutama dalam bidang Politik. Tak hairanlah kita jika pengambilan Hospital ini berpihak kepada mereka yakni kaum pendatang halal ,sebab Menteri kesihatan pun bukan dalam rumpun Melayu
Ataupun SUAKA keistimewaan suara Orang melayu ini telah diambil alih oleh SUHAKAM
Lebih menyedihkan , tiada peranan lansung dari orang yang berpengaruh dalam rumpun melayu terutama dalam SUHAKAM yang hendak berjuang untuk Orang Asli yang serumpun dengannya....
Kelebihan JHEOA, arahan mereka mesti dipatuhi. Jika ingkar nescayalah batin itu dalam senarai dipinggirkan, yang zalimnya langsung tak pedulikan, hanya ketua kampung yang akur sahaja akan di senarai dalam kamus penbangunan serta bantuan kebajikan yang agak lumayan... , dan kalau boleh biarlah batin -batin ini dapat dijadikan katak duduk dibawah tempurung...
Lumrah alam, manusia yang ikhlas sering dikecam serta di manipulasikan kenyataan nya oleh golongan manusia yang berkepentingan kerana takut pada bayangan sendiri... dan selalunya manusia berkepentingan ini mempunyai lebih kuasanya berbanding manusia jujur....
Kelebihan JHEOA, arahan mereka mesti dipatuhi. Jika ingkar nescayalah batin itu dalam senarai dipinggirkan, yang zalimnya langsung tak pedulikan, hanya ketua kampung yang akur sahaja akan di senarai dalam kamus penbangunan serta bantuan kebajikan yang agak lumayan... , dan kalau boleh biarlah batin -batin ini dapat dijadikan katak duduk dibawah tempurung...
Lumrah alam, manusia yang ikhlas sering dikecam serta di manipulasikan kenyataan nya oleh golongan manusia yang berkepentingan kerana takut pada bayangan sendiri... dan selalunya manusia berkepentingan ini mempunyai lebih kuasanya berbanding manusia jujur....
Perjuangan mereka dalam isu tanah memang ada kebenarannya tetapi mereka tersalah dalam segi tindakannya.
TONTON KISAH INI
mereka ini golongan rumpun melayu yang telah di hasut dan dijadikan boneka oleh orang ke tiga, suku kaum pendatang halal yang bukan dalam rumpun melayu, yang ingin mengambil kesempatan untuk mengembangkan pengaruh politik songsang mereka ???
ikuti drama bersiri mereka di Malaysia kini



inilah bintang terkenal ala - ala Bolliwood pelakon utama drama bersiri konfilik Hospital Orang Asli, mereka juga merupakan bintang paling popular dalam anugerah skrin di rangkaian TV Malaysia kini
PERJUANGAN DAN JERITAN BATIN KU HUSSEIN BIN NGAH YIN ?
Surat penjelasan Kepada YB. Perdana Menteri melalui ketulusan dan tapisan JHEOA.
jujur dalam pendirian?, aku pun tak tahu sama ada surat ini sampai ke tangan PM atau pun tidak?
sehingga kini tiada satu pun surat maklum balas dari pihak JHEOA pembela kebajikan Orang Asli.kalau secara rasminya kena ada maklumbalas ???
JAWATANKUASA PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI
BUKIT KALA BATU 12 GOMBAK
KEPADA, TARIKH: 5 MAC 2010
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB. Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
SALINAN KEPADA :
YB. Dato’ Seri Haji Mohd Shafei Bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
YB. Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Malaysia
YB. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Y. Bhg, Tan Sri Datuk Seri Dr. Ismail Bin Marican
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Selaku Pengerusi Majlis Perubatan Malaysia ( MMC)
Y. Bhg, Dato’ Haji Abu Kassim Bin Mohamed
Ketua Pesuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Y.Bhg, Senator Orang Asli Malaysia
Tuan, Mohammad Olian Bin Abdullah
MELALUI
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Malaysia ,
Tingkat 20 dan 20M, West Block,
Wisma Selangor Dredging,
142 – C, Jalan Ampang,
505448 Kuala Lumpur .
YAB. Dato’ Seri
PERKARA : PENJELASAN KONFLIK DI HOSPITAL JHEOA
Salam Pengenalan
Saya Hussein Bin Ngah Yin ialah batin Masyarakat Orang Asli merangkap Ketua UMNO Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12, Gombak dan seorang persara daripada 360 belia Orang Asli yang terawal telah dikumpulkan oleh kerajaan untuk berkhimat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebagai pembantu perubatan.
Latar Belakang Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kala
Kampung Bukit Kala unik kerana merupakan satu-satu perkampungan Orang Asli yang didiami 18 suku kaum yang terdapat di Semenanjung.
Kebanyakan daripada 3,500 penduduknya dengan 550 ketua keluarga merupakan pesara dan kakitangan bahagian kesihatan JHEOA yang kini tinggal bertaburan di sekitar kampung berhampiran hospital dan Muzium Orang Asli di Batu 12 Gombak.
SEJARAH KEWUJUDTAN KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT KALA BATU 12, GOMBAK
Ulu Gombak merupakan pusat pentadbiran JHEOA yang terawal dan tertua di Semenanjung Malaysia serta menjadi pusat hal ehwal kebajikan tebesar dengan terdapatnya sebuah hospital dan Muzium Orang Asli. Faktor inilah yang menjadikan Gombak sangat terkenal dengan kewujudan Masyarakat Orang Asli, tetapi hakikatnya ramai yang tidak mengetauhi bahawa perkampungan Orang Asli di Batu 12, Gombak tidak diiktiraf pun kewujudannya. Justeru, sehingga kini perkampungan mereka masih betaraf setinggan yang menumpang teduh di tanah kerajaan
Pada asalnya Masyarakat Orang Asli di Batu 12 Gombak dikumpulkan kerajaan melalui JHEOA pada awal 1956. Ketika itu 360 belia Orang Asli berbilang suku kaum yang diambil dari seluruh Tanah Melayu diberi latihan dan krusus perubatan selama enam bulan. Setelah tamat kursus mereka diserapkan menjadi kakitangan kerajaan sebagai pembantu perubatan dan kemudian dihantar bertugas di pos penempatan Orang Asli di pedalaman selama tiga bulan mengikut giliran,
Tujuan kerajaan menubuhkan pasukan ini untuk memperkenalkan rawatan moden sambil berperanan sebagai serampang dua mata bagi menawan hati masyarakat Orang Asli yang jauh di pendalaman menyokong kerajaan daripada ancaman Parti Kamunis Malaya (PKM). Mereka telah menjadi mata dan telinga kerajaan melaporkan segala pergerakan PKM dengan amat berkesan sehingga peletakan senjata oleh parti tersebut di Thailand pada 1989.
Bermula daripada 360 belia Orang Asli yang mula-mula mengasaskan perkampungan ini pada tahun1956 sehingga kini, penduduknya telah bertambah kepada 3500 orang dan mempunyai 550 keluarga.
Pengorbanan mereka terlalu besar dalam memajukan masyarakat. Perkhimatan mereka boleh diibaratkan sebagai buruh serba guna kerajaan kerana selain memberikan perkhimatan perubatan dan melaporkan segala kegiatan pengganas Komunis, mereka turut bertanggungjawab membantu menyedia dan menguruskan hal ehwal kebajikan seperti pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Jasa mereka setanding pejuang yang mempertahankan kedaulatan negara, namun sayang tiada pengiktirafan daripada kerajaan. Saki-baki mereka yang masih hidup terpinggir dan menumpang di perkampungan setinggan Orang Asli Bukit Kala yang ketika ini dibelenggu masaalah penempatan dan kemiskinan. Tiada sebarang usaha untuk memberikan mereka sebidang tanah untuk bercucuk tanam. Lebih malang sejarah serta rintihan warisan perjuangan mereka hanya menjadi bualan di kedai kopi dan hasil perjuangan mereka menjadi khazanah warisan murahan yang tiada nilai.
HOSPITAL KEBANGGAAN MASYARAKAT ORANG ASLI
Hospital Orang Asli di Batu 12 Gombak diwujudkan tentera British ketika zaman penjajahan. Pada tahun 1950 ia dikenali sebagai Rumah Sakit Orang Asli atau dalam bahasa Orang Asli ‘DEQ JEKJIK SENOI SEROQ.’ Selepas negara merdeka sehingga pada tahun 1977 barulah rumah sakit ini dinaikan taraf sebagai Hospital JHEOA.
Rumah sakit Orang Asli ketika itu ditadbir seorang doktor tentera British, Dr. J.M Bolton. setelah persaraannya pada tahun 1977 tempat beliau digantikan oleh Dr Muthila dan selepas itu ramailah doktor bertukar ganti menjadi pengarah mentadbir hospital ini. Antaranya ialah Dr Pritham Singh, Dr Narenda, Dr Kumar, Dr Ong, Dr Zakaria, Dr Khoo, Dr Lilano, Dr Mohd Ali, Dr Mohd Naim dan Dr Saayah Bt Abdullah.
Sejujurnya, sejak berkhidmat di bawah pentadbiran Dr Bolton sehingga zaman Dr Naim dan kini telahpun bersara, saya dapati tidak pernah Orang Asli terutama di Batu 12 Gombak membuat sebarang surat aduan kepada JHEOA. Paling menghairankan saya kenapa ketika Dr Saayah menarajui pentadbiran hospital ini timbul isu banyak surat layang dan aduan yang kononnya dibuat Orang Asli Batu 12 Gombak.
Oleh itu, saya selaku batin yang bertanggungjawab terhadap. Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak yakin bahawa tidak terlintas pun di hati masyarakat ini untuk membuat sebarang surat aduan terhadap JHEOA. Jika perkara ini benar-benar berlaku saya percaya mereka telah dipengaruhi pihak tertentu yang ada kepentingan peribadi dan didalangi anasir politik pembangkang .
Lebih 30 tahun saya bertugas di JHEOA sebagai pembantu perubatan. Selepas bersara dilantik pula menjadi Ketua UMNO Cawangan dan selaku batin yang menetap hampir 40 tahun di Gombak saya bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di sini. Apa yang boleh saya katakan pengaruh sebagai batin meliputi hingga ke kawasan hospital Orang Asli di Batu 12, Gombak. Hubungan kami boleh diibaratkan jika hujan di kawasan hospital, Kampung Bukit Kala yang pertama menerima tempiasnya. kalau banjir kami mendapat lumpurnya, jika tsunami melanda kamilah mangsanya.
Apa yang boleh saya rumuskan, konflik dalam pentadbiran Hospital JHEOA pada Julai lalu adalah berpunca daripada seorang doktor kerturunan India , Dr Shelba a/p Pelai yang baru ditukarkan dari Sabah . Agak mengagumkan dalam tempoh beberapa bulan berkhimat di hospital ini dia bersungguh-sungguh mengumpul dan mencari segala kelemahan yang dilakukan pegawai serta kakitangan JHEOA. Sasaran utama kepada mereka yang meragui dan tidak mahu berkrompomi memenuhi agendanya untuk menghasut Orang Asli Batu 12 Gombak bangkit berjuang kononnya untuk menuntut hak sebagai peribumi.
Apakah itu termasuk tugas seorang doktor? Kita boleh lagi bertolak ansur jika kakitangan awam yang selama ini mengaut segala rezeki kerajaan tetapi memangkah pembangkang ketika pilihan raya atas alasan undi adalah hak individu. Namun apakah kita masih boleh berdiam diri jika ‘orang kerajaan’ seperti doktor terbabit menjadi tali barut pembangkang dan aktif mengikis kepercayaan secara terang-terangan terhadap kerajaan di kalangan Orang Asli? Labih daripada itu dia turut memecah-belahkan perpaduan yang dipertahankan masyarakat Orang Asli sejak sekian lama dan mencemarkan imej mereka.
Untuk pengetahuan pihak tuan, rentetan musibah didalangi Dr Shelba bermula pada 12 April 2009, jam 9 malam apabila saya bersama 2 orang sahabat yang juga pesara JHEOA iaitu Apok Bin Akong dan Bah lin Bin Didak dijemput ke sebuah restoran di Bandar Seri Gombak bagi membincangkan masalah Orang Asli. Pada perjumpaan itu doktor berkenaan cuba mempengaruhi kami supaya memberi maklumat pentadbiran JHEOA. Saya yang sudah dapat menghidu niat jahatnya menganggap tindakan itu sebagai menghasut dan bermotifkan politik pembangkang. Sebenarnya segala kandungan aduan yang dikemukakan doktor itu adalah seperti yang diperkatakan pada perjumpaan tersebut.
Isu Orang Asli dipaksa memeluk Islam
Isu Orang Asli dipaksa memeluk Islam oleh kakitangan JHEOA di bawah pentadbiran Doktor Saayah adalah tidak benar. Pegawai dan kakitangan terbabit menyampaikan syiar Islam kepada masyarakat Orang Asli di luar waktu tugas hakiki mereka. Kebanyakan Orang Asli menerima Islam secara suka rela selepas mendengar penerangan mengenai agama ini daripada pegawai terbabit.

Pada 21 Januari 2008 saya termasuk keluarga dan masyarakat Orang Asli seramai 15 orang memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Kami tidak dipaksa mana-mana pihak. Seramai 250 Orang Asli yang telah menjadi saudara baru terdahulu dari saya di kampung ini, tidak pernah mengadu kepada saya mereka dipaksa, malah sepanjang tahun lalu 28 orang menemui saya menyatakan hasrat untuk disyahadahkan.
Gek Bin Bachik ialah Orang Asli menurunkankan tanda tangan pada surat aduan seperti yang telah diedarkan. Malangnya beliau menandatangani surat tanpa mengetahui kandungannya. Tindakan ini jelas dilakukan pihak yang mahu memanipulasikan kedaifan Gek untuk menipu dan menghasutnya supaya menurunkan tanda tangan.
Dakwaan memburukkan hospital
Dakwaan Hospital Orang Asli Batu 12, Gombak lebih mengutamakan orang luar tidak benar. Mereka hanya mengambil ubat sebagai pesakit luar, manakala semua pesakit yang menerima rawatan di wad ialah masyarakat Orang Asli. Penduduk bukan Orang Asli berhampiran hospital lebih kurang 20,000 orang. Manakala penghuni Orang Asli hanya 3,500 orang, oleh itu, pengambilan ubat oleh orang luar sudah pasti lebih berbanding Orang Asli.
Tuduhan kehabisan ubat juga tidak berasas kerana kemungkinan hanya satu atau dua ubat habis pada satu-satu masa. Namun ia tidak dibiarkan berlarutan oleh kakitangan hospital yang segera menangani masalah ini.
Pengadu juga menyebarkan dakyah kononnya doktor di Hospital JHEOA Batu 12, Gombak tersalah memberi ubat sehingga menyebabkan beberapa Orang Asli maut. Sepanjang hayat saya bertugas di Hospital JHEOA dan berpuluh tahun tinggal di Bukit Kala, tidak pernah penduduk mengadu keluarga mereka maut kerana doktor di hospital tersalah memberi ubat. Jika benar berlaku seperti dilaporkan, buat masa ini belum ada bukti kukuh yang boleh dipercayai. Justeru, saya beranggapan kes yang dilapor dan dibangkitkan adalah rekaan semata-mata untuk mengubati kekecewaan individu atau badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membakar pemikiran masyarakat Orang Asli agar bangkit menentang kerajaan.
Masyarakat kami yang banyak dibantu tidak terlintas untuk menentang JHEOA dan kerajaan. Dewasa ini semakin banyak NGO yang kian tersepit mencari sokongan dengan menghasut dan meracuni fikiran rakyat . Kegagalan dalam pelbagai cara mempengaruhi rakyat menyebabkan mereka beralih arah untuk memperkudakan Orang Asli bagi memenuhi aspirasi politik pembangkang. Kesimpulannya, usaha NGO itu menjadi percaturan politik pihak tertentu untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
CADANGAN
Dengan keadaan politik yang tidak menentu sekarang dan sebelum pihak tidak bertanggungajawab ini lebih berani menghasut Orang Asli di Semenanjung, saya cadangkan kepada kerajaan supaya dapat menubuhkan jawatankuasa pemantauan dianggotai masyarakat Orang Asli pada peringkat Pusat, sekali gus menjadi ketua perhubungan peringkat negeri. Mereka seterusnya akan membentuk jawatankuasa pemantau di negeri bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli tidak berpaling tadah kepada pembangkang.
Menerusi badan ini kerajaan boleh menyediakan kemudahan atau peruntukan secukupnya supaya mereka segera turun padang menyampaikan segala maklumat ke perkampungan Orang Asli di luar Bandar dan pedalaman untuk meraih sokongan kepada calon Barisan Nasional. Badan pemantau ini menggunakan pendekatan budaya masyarakat itu sendiri seperti peranan yang telah mereka lakukan untuk membendung kegaiatan PKM.
Tanpa badan pemantau ini saya percayai lebih ramai pengundi Orang Asli menyokong pembangkang kerana mudah terpengaruh dengan taktik dan muslihat mereka. Budaya pengundi penentu dan setia yang telah dilatih kepada Orang Asli akan terhapus.
Tujuan utama penubuhan jawatankuasa pemantauan Orang Asli ini untuk membantu kemenangan calon BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
ULASAN RINGKAS
Dianggarkan kurang 150,000 Orang Asli terdapat di Semenanjung dan tidak sampai 5 peratus yang berpendidikan tinggi menyebabkan terlalu mustahil untuk mencetuskan bantahan terhadap JHEOA mahu pun kerajaan
Masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang terdiri daripada 18 suku kaum terkenal dengan berakhlak mulia. Meraka tidak akan menjaja rasa tidak puas hati di jalanan seperti dilakukan kaum lain. Segala masalah mereka diselesaikan secara muafakat dengan batin, satu sistem kemasyarakatan yang dipertahankan sejak dulu. Jika masyarakat ini bertindak di luar kebiasaan, maka ia sudah pasti didalangi serta diperdayakan pihak berkempetingan
Saya berharap kerajaan segera bertindak mencegah Orang Asli menjadi mainan politik individu yang berkepentingan dan NGO propembangkang yang pasti merugikan masa depan masyarakat ini. Sebagai peribumi sudah tentu Orang Asli tidak mahu menggadai hak dan tanah air di tangan pihak yang kemaruk kuasa. Pihak tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan Orang Asli sebagai undi penentu dengan apa cara sekali pun untuk memenangi pilihan raya akan datang. Gerakkan segala jentera bagi memastikan kesetiaan Orang Asli terhadap BN kerana hanya parti ini yang mampu memperjuangkan nasib mereka. Menerusi kaedah ‘menang-menang’ Orang Asli tetap berdiri teguh di belakang kerajaan BN.
RENUNGAN
Tercetus perhimpunan di pekarangan hospital JHEOA Gombak baru –baru ini telah mencemarkan budaya permaufakatan masyarakat Orang Asli. Apa yang di kesalkan ada Orang Asli yang berpendidikan dan berpengaruh turut bekerjasama menjadi dalang menghasut hanya disebabkan kecewa kerana tidak dicalonkan dalam jawatan tertinggi dalam pentadbiran Orang Asli
Lebih menyedihkan Pesatuan Orang Asli Semenanjung Malasyia (POASM) yang sepatut memperjuangkan masa depan 18 suku kaum telah dikuasai oleh kumpulan etnik tertentu. Mereka sanggup menggubal perlembagaan pesatuan demi berkepentingan kuasa menjadi presiden seumur hidup. Tindakan ini menyebabkan rasa tidak puas hati suku kaum lain. Ada berita mengatakan sejak akhir –akhir ini Jaringan Orang Asli Sabah, Sarawak dan Semenanjung (JOAS) telah menjalin kerjasama rundingan ,jika benar apa yang dikatakan matlamat POASM telah jauh menyimpang dari dasar yang sebenar.
SEKIAN TERIMA KASIH
DEMI INSAN DAN MANUSIA
(Hussein Bin Ngah Yin)
Ketua Masyarakat Orang Asli
Merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kala
Batu 12 Gombak
YANG BAIK ITU ANDA YANG BURUK ITU KAMI
Begitulah perkara sebenarnya , mereka ini sebenarnya buta sejarah, kalau di tanya?, mereka sendiri pun tak tak tahu asal-usul dari mana datangnya masyarakat Orang Asli di Gombak ini, tapi malang SUHAKAM lebih mengenali dan mempercayai mereka dari masyarakat Orang Asli sendiri,
pernah aku terbaca tulisan seorang pujangga , katanya ?.. lebih elok kita bersifat kurang pandai dari menjadi orang yang terlebih pandai , sebab orang yang terlalu pandai menterjemahkan kebodohanya, ia tetap mempertahan bahawa dirinya itu tetap pandai..
agenda sebenarnya mereka ini takut sekiranya Orang Asli ini menjadi melayu tulin sebagai umat Islam , nanti susah bagi mereka mencari pengaruh dalam aliran politik songsang mereka ?....dan payah nanti pasukan penyebar ajaran kristian hendak menapak di kawasan Batu 12 Gombak ini. serta kawasan perkampungan Orang Asli di pendalaman yang sewaktu dengan nya .
Itupun pihak berkuasa golongan Islam baka dari serumpun melayu ini masih lagi buta membaca pergerakan mereka . pelik.... jugaaa..? makan gaji buta ke apa!...
sejarah telah membuktikan bahawa wujudnya Orang Asli di Batu 12 Gombak ini adalah atas kehendak Kerajaan untuk menawan hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan melalui JHEOA bersama tenaga kebajikan 360 belia Orang Asli sebagai hulubalangnya.
Pengambilan alih pengurusan Hospital Orang Asli oleh pihak KKM akan menyebabkan peluang pekerjaan yang diwarisi turun - temurun yang di ilhamkan oleh kerajaan pada awal 1950 sehingga hari ini , akan pupus di mamah masa ke semasa tampa kita sedari?.. segala hal ehwal serta kebajikan akan terabai hilang bersama warisan sejarah perngorbanan 360 belia terawal Orang Asli sebagai bekas kakitangan pembantu perubatan yang pernah berkhimad di bawah payung pentadbiran JHEOA seketika dulu.
Mereka kini kecewa dan terhina, jasa mereka langsung tak dikenang oleh pihak kerajaan.. Sedangkan semasa di dalam pentadbiran JHEOA pun pesara ini terlepas perhatian dan di abaikan ,kini kan pula di bawah pengurusan KKM yang tiada kepakaran dalam hal ehwal Orang Asli.
tak mustahil di masa akan datang tanah yang hendak di perjuangkan oleh 18 suku kaum penduduk kampung Orang Asli di Batu 12 Gombak ini. akan diambil Orang yang ada berkepentingan dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengan nya.......
Inilah di katakan nasib masyarakat peribumi yang diistilahkan sebagai Orang Asli , Akhirnya di suruh mengemis di bumi sendiri....
Kita jangan sekadar mendengar untuk kepastian, tapi datang lah ke Gombak ini ,anda akan dapat melihat gambaran dan kisah sebenar kehidupan Orang Asli.
Assalam Mualaikum dan Salam Sejahtera dengan keizinanya kita akan berutusan lagi dalam kisah perjuangan tuntututan hak milik tanah masyarakat orang asli ....By.by..
*********************************************************************************
Assalam Mualaikum dan Salam Sejahtera dengan keizinanya kita akan berutusan lagi dalam kisah perjuangan tuntututan hak milik tanah masyarakat orang asli ....By.by..
*********************************************************************************
Subscribe to:
Posts (Atom)